PENYANYI Aufahanie mengakui pentas suku akhir Big Stage 2023 (BS2023) memberi kepuasan buatnya apabila mendapat markah tinggi daripada juri selepas beberapa minggu berada di kedudukan tiga terbawah. Kata Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 20, kekecewaan yang dilalui selama ini terubat dan membuatkan dirinya kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam program tersebut. "Minggu kedua hingga minggu ketujuh markah saya agak rendah walau sudah bekerja keras. Memang ada rasa kecewa dengan diri sendiri melalui perkara sama berminggu-minggu. Aufa akui kecewa apabila mendapat markah rendah daripada juri. "Apabila diumumkan markah juri pada malam ini (Ahad) memang saya terkejut. Saya dapat semula markah seperti minggu pertama menyertai BS2023,” katanya kepada mStar. Aufa ditemui selepas tamat program BS2023 yang berlangsung di Dewan MBSA Shah Alam, Selangor pada malam Ahad. Kata Aufa, dia pernah menangis sendiri apabila memikirkan kesilapan yang perlu diperbaiki untuk menambat hati juri agar tidak tersingkir dalam pertandingan ini. ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Khareeza dapat peluang kedua, 8 peserta berentap rebut tempat ke final Big Stage 2023 ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh berhenti menyanyi... Meer Nash terkejut, terkilan nama diumum tersingkir Big Stage Dalam masa sama, dia juga melihat prestasi di minggu suku akhir ini sebagai satu cabaran untuk melakukan lebih baik bagi pentas separuh akhir. "Saya selalu menangis sendiri memikirkan apa lagi yang perlu dibuat agar dapat memikat hati juri. Namun saya tidak akan tunjukkan kesedihan itu kepada orang lain. "Kembali mendapat markah tinggi, saya anggap ia sebagai satu tekanan yang baik sebab sebelum ini pernah hilang semangat. Sekarang ini saya mahu lakukan lebih baik untuk minggu hadapan,” ujar. Saya selalu menangis sendiri memikirkan apa lagi yang perlu dibuat agar dapat memikat hati juri AUFAHANIE PENYANYI Pada malam suku akhir Aufa menyampaikan lagu berjudul Masih Aku Cinta yang dipopularkan oleh penyanyi Shila Amzah dan memperoleh markah keseluruhan sebanyak 83.67 peratus. Juri tetap iaitu Ajai ketika memberikan komen memberitahu itu adalah persembahan terbaik Aufa kerana berjaya menjiwai lagu tersebut. Sementara itu, Aufa berkata sepanjang dia berdepan dengan kekecewaan, ibu dan kelab peminat adalah sumber inspirasi untuk dia kekal bertahan. Sokongan peminat menjadi pembakar semangat Aufa. "Apabila dapat markah rendah saya selalu fikirkan sokongan kelab peminat. Ada yang sanggup datang dari jauh untuk melihat persembahan saya. Jadi tak sepatutnya saya putus asa dengan mudah. "Guru vokal cikgu Shafi juga adakah kekuatan untuk saya bertahan. Saya sanggup minta latihan lebih masa untuk memberikan yang terbaik," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!