suria

Putera Muhammad tak kejar markah tinggi dalam ‘Big Stage’, syukur belum pernah buat kesilapan besar

Persembahan Putera sering mendapat pujian juri.

PENYERTAAN di pentas Big Stage 2023 (BS2023) telah membuka mata penyanyi Putera Muhammad untuk lebih mewarnai setiap karyanya di masa akan datang.

Kata Putera atau Putera Muhammad Shamsull Kamar, 31, yang juga merupakan vokalis kumpulan Madam, meskipun selesa membawa genre rock namun ia tidak mahu menghalang kemampuan dirinya terhadap satu irama sahaja.

"Menerusi komen-komen yang diberikan oleh juri, saya rancang untuk memberikan lebih kepelbagaian di masa akan datang.

putera muhammad 22

Putera berani tampil memberikan kelainan dalam setiap persembahan.

"Meskipun kumpulan kami membawa genre rock, namun ia tidak semestinya hanya satu ‘warna’ sahaja. Kami akan keluarkan lagu-lagu dengan bunyi yang baru," katanya kepada mStar.

Putera ditemui selepas selesai membuat persembahan di minggu suku akhir BS2023 yang berlangsung di Dewan MBSA Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Mendapat pujian dan komen positif daripada juri, kata Putera dia adalah seorang yang sentiasa mahukan persembahan sempurna dan bersyukur tidak melakukan kesilapan besar sepanjang lapan minggu bertanding.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Khareeza dapat peluang kedua, 8 peserta berentap rebut tempat ke final Big Stage 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza setuju dengan Syafinaz... Nadeera ada suara hebat tapi sayang kurang sokongan

"Setiap minggu saya tidak pernah kejar untuk dapat markah tinggi. Apa yang saya mahukan adalah kesempurnaan dalam persembahan. Kalau ada silap pun biarlah ia kesalahan kecil sahaja.

"Syukur setakat ini belum ada kesilapan besar. Namun pelbagai perkara boleh berlaku seperti masalah kesihatan.

"Saya tidak mahu fikirkan masalah lain dan perlu lebih tenang. Memanglah ada rasa gementar, tetapi rasa tenang itu lebih tinggi ketika berada di atas pentas," ujarnya.

Percaturan saya di BS2023 di jalan yang benar. Pentas ini adalah platform terbaik untuk saya

PUTERA MUHAMMAD

PENYANYI

Pada malam minggu suku akhir, Putera berjaya mendapat kedudukan kedua menerusi persembahan lagu berjudul Asmaradana nyanyian asal Datin Seri Tiara Jacquelina yang disampaikan dengan versi tersendiri.

Sekali lagi dia mendapat komen positif daripada juri tetap iaitu Ajai yang melihat Putera berani tampil dengan kreativiti tersendiri pada setiap minggu.

Dalam masa sama, Putera juga melihat BS2023 adalah pentas terbaik untuk namanya lebih dikenali dalam kalangan peminat muzik tempatan.

putera muhammad 11

Pentas BS2023 membuka ruang buat Putera lebih dikenali.

"Percaturan saya di BS2023 di jalan yang benar. Pentas ini adalah platform terbaik untuk saya. Semoga nama saya akan terus dikenali selepas ini.

"Dalam membuat persembahan, mujurlah saya seorang yang suka berangan. Jadi dapat fikirkan konsep serta susunan muzik sesuai untuk setiap minggu," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain