suria

“My plus one” - Kelibat anak lelaki jadi tumpuan, wajah kacak Aiman saling tak tumpah macam Ziana Zain

Senyuman manis Aiman buat netizen tidak keruan.

KELIBAT anak sulung penyanyi terkenal Ziana Zain ketika menghadiri acara Malaysia Best Business Awards 2023 pada malam Ahad mencuri perhatian ramai yang memuji wajah kacaknya.

Menerusi perkongsian di Instagram milik Ziana, Muhammad Aiman, 23, dilihat segak mengenakan sut berwarna hitam manakala penyanyi lagu Madah Berhelah itu tampil dengan busana berwarna hijau zamrud.

"My plus one"," katanya ringkas menerusi bahagian kapsyen gambar berkenaan.

Ziana 1

Aiman membuat kemunculan rasmi pertama menemani ibunya ke majlis anugerah.

Kehadiran Ziana pada acara itu bagi menerima anugerah Celebrity Entrepreneur of the Year disamping beberapa selebrit lain seperti Mawi, Datuk Khadijah Ibrahim dan Zoey Rahman.

Ini merupakan penampilan pertama Aiman di khalayak ramai memandangkan sebelum ini peminat hanya dapat menatap wajah anak-anak penyanyi kesayangan mereka itu menerusi perkongsian foto di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain tak sangka lagu raya jadi ‘evergreen’... Terhibur Aliff Syukri ‘claim’ penyanyi nombor satu

ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain sudah maafkan Armin, tak akan sesekali putuskan hubungan bapa dan anak-anak

Malah Ziana jarang berkongsi perihal anak-anaknya kepada umum sehingga membuatkan ramai terkejut melihat Aiman yang sudah membesar.

Ramai memuji wajah Aiman seiras dengan ibunya dan mempunyai karisma tersendiri malah ramai mengusik agar pemuda itu boleh bergelar seorang selebriti kerana wajahnya yang tampan.

Ziana 4

Aiman bagaikan seorang bodyguard yang menjaga ibunya.

"Besar dah Aiman, dulu tengok masa kecil.

"Mukanya sebiji dengan ibunya, ada vibe artis Korea. Bahagian kening tu dia ambil mak dia punya. Boleh angkat sebelah ke kening tu?

"Aiman ada potensi kalau jadi seorang artis!," komen netizen.

Ziana 3

Ramai berpendapat Aiman mempunyai aura sebagai seorang selebriti seperti Ziana Zain.

Untuk rekod, Aiman adalah anak sulung Ziana hasil perkahwinan bersama bekas suami iaitu Armin Zaharin selain Muhammad Ammar, 19 serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 15 tahun.

Ziana dan Armin berkahwin pada 9 Mei 1998 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 12 Julai 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain