suria

Shuib dan Watie kongsi video bulan madu, netizen ‘otak kuning’ tiada adab tulis komen lucah

Video bulan madu Shuib dan Watie 'diserang' netizen.

PERKONGSIAN video pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib bersama isterinya, Watie Hanifiah berbulan madu di Pulau Langkawi mengundang pelbagai komen berbaur lucah.

Menerusi muat naik seorang pengguna Twitter menunjukkan komen-komen lucah ditulis netizen di perkongsian pelawak berkenaan.

WhatsApp Image 2023-06-26 at 11.51.52 AM

Antara komen lucah yang ditulis netizen.

Pengguna Twitter berkenaan meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan netizen menulis komen yang disifatkan tidak beradab dan keterlaluan.

"Dekat Facebook lagi jijik segala komen yang ada. Bayangkan kalau Shuib dan Watie baca komen ini, mesti mereka sedih.

ARTIKEL BERKAITAN: Percutian di Langkawi kali pertama Watie dan Shuib berdua-duaan, baru faham erti bulan madu

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib minta Watie fokus jadi suri rumah, ke Turkiye bawa anak-anak selepas bulan madu di Pulau Langkawi

"Jangan la komen lucah, jahat korang ni," katanya.

Pada Jumaat lalu, Shuib atau Shamira Muhamad, 39, akhirnya bergelar suami kepada Watie atau Fati Nikmatul Adawiah Hanifiah, 35, dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Shah Alam, Selangor.

Pasangan ini memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi bulan madu sebelum pergi bercuti bersama anak-anak Shuib di Turkiye.

Kata Watie, bulan madu bersama suaminya itu adalah kali pertama mereka keluar berdua-duaan sepanjang tempoh perkenalan mereka.

shuibb3 - 1

Shuib dan Watie selamat bernikah pada Jumaat malam.

Menurut Watie, kisah percintaannya bersama Shuib tidak seperti pasangan kekasih lain kerana kebiasaannya pertemuan mereka akan disertai sama ada anak-anak, rakan atau pun ibunya.

Untuk rekod, Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain