KISAH perkahwinan pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib dengan wanita pilihan hatinya iaitu Watie terus menjadi bualan hangat netizen. Mengambil keputusan berkahwin selepas dua tahun pemergian Siti Sarah, ada netizen menuduh kononnya Shuib tidak setia kepada arwah kerana begitu cepat menemui pengganti. Tampil mempertahankan adik iparnya, abang kepada arwah Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin menganggap komen netizen di media sosial itu mengarut dan melampau. Abang Siti Sarah selar komen mengarut netizen. Dia turut meminta netizen mendalami ilmu agama terlebih dahulu sebelum menulis komen berkenaan. "Saya rasa mereka (netizen) dah makin merapu. Lain kali kalau tidak tahu hukum agama kita rujuk dahulu baru tulis," katanya. Firdous berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan beberapa komen netizen meluahkan rasa kecewa dengan perkahwinan Shuib. ARTIKEL BERKAITAN: Abang Siti Sarah kembali sedar selepas sehari ditidurkan, wajah nampak ceria dan tersenyum ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan Ahmad Firdous merosot, situasi sama seperti arwah Siti Sarah - “Paru-paru dia tak berapa baik” Menerusi komen tersebut, netizen berpendapat Shuib menduakan arwah Siti Sarah yang diketahui begitu menyayangi dirinya. Netizen juga mendakwa Shuib tidak akan bertemu arwah di akhirat kelak kerana sudah memiliki isteri baharu. Dalam pada itu, Firdous turut menyertakan klip ceramah pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus berhubung perkahwinan suami selepas kematian isterinya. "Kalau isteri mati dulu memang akan jadi isteri kita. Kita kahwin ramai mana pun tidak kiralah sampai empat sekali pun... kalau (suami) mati dan (isteri) tak kahwin lain selepas kita maka mereka akan menjadi isteri kita di dalam syurga," kongsinya. Sarah meninggal dunia pada 2021 akibat Covid-19. Pada Jumaat lalu, Watie dan Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, sah bergelar suami isteri pada majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam. Pasangan ini kemudian terbang ke Pulau Langkawi berdua sebagai destinasi berbulan madu dan akan menyambung percutian bersama anak-anak di Turkiye pula. Shuib memilik empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!