suria

[V] Elizabeth Tan mahu timang anak tapi takut karier terjejas, selama ini jadi tulang belakang keluarga

Lizzy harap ibu sempat lihat cucunya sendiri.

SELEPAS tiga tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan meluahkan hasrat untuk memiliki cahaya mata dalam waktu terdekat.

Meskipun sudah bersedia bergelar ibu, Elizabeth atau lebih mesra dengan disapa Lizzy, 33, mengakui bimbang jika kariernya terjejas selepas menimang cahaya mata kelak.

Kata Lizzy, ini kerana dia merupakan tulang belakang keluarga yang banyak bergantung harap dirinya.

Lizzy dah lama inginkan anak sendiri.

"Saya sebenarnya nak sangat ada anak sebab tahun ini saya 33 tahun. Saya tahu ia akan memberi kesan kepada kerjaya saya.

"Sejujurnya suami saya houseman dan pendapatan dia tak banyak sangat. Saya yang jaga dan tanggung banyak perkara, macam kedua ibu bapa saya, rumah dan kereta. Semuanya pada saya.

"Saya tak nak kecewakan semua orang, tapi saya nak anak," katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN: Elizabeth Tan sedih populariti turun sejak kahwin... Siap sedia buat sidang media jika suami berani curang

ARTIKEL BERKAITAN: “Malu sangat! Harap PM tak marah”... Elizabeth Tan teruja sampai terlanggar Anwar, panik ramai suruh padam video

Lizzy berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui lokasi drama W: Two World di Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, dia juga memberitahu ingin mengembangkan kejayanya terlebih dahulu sebelum memiliki anak kerana menyedari ia akan mengubah gaya hidupnya selepas bergelar ibu.

Malah keluarganya juga tidak pernah memaksa dia memiliki zuriat dengan segera namun dia sangat berharap ibunya dapat melihat cucu yang bakal dilahirkan.

Jadi saya nak ibu dapat melihat anak saya nanti.

ELIZABETH TAN

PENYANYI/PELAKON

"Tapi saya tak tahu ia langkah yang baik untuk saya atau tidak... saya dah lama fikir mengenai perkara ini. Kalau boleh saya nak capai lebih lagi dalam kerjaya sebelum ia menjadi perlahan terutama dalam nyanyian.

"Saya lihat penyanyi lain kalau mereka sudah ada anak kejaya akan mula perlahan.

"Keluarga saya faham mengenai kerjaya saya tapi ibu saya bukannya muda lagi. Jadi saya nak dia dapat melihat anak saya nanti," luahnya.

Dalam pada itu, Lizzy mengakui agak tertekan kerana terlalu banyak berfikir mengenai perjalanan hidupnya.

Lizzy percaya pada perancangan Tuhan.

Dia bagaimanapun percaya perancangan tuhan itu adalah sebaik-baiknya.

"Saya terlalu banyak berfikir, itu yang membuatkan saya tertekan tapi saya percaya semua perancangan Tuhan.

"Saya akan timang anak pada masa yang sesuai dan semuanya akan baik-baik sahaja," ujarnya.

Untuk rekod, Lizzy dan suaminya iaitu Dr Siew mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain