PENYANYI dan penulis lirik Amylea Azizan kesal dengan tindakan seorang netizen membuat tuduhan tidak benar kononnya dia menyimpan minuman keras di rumah. Menurut Amylea, 36, tuduhan itu merupakan satu fitnah berat dan menuntut individu berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas komen ditulis itu. "Orang ini menuduh saya ada arak di dalam peti ais rumah saya. Masya Allah, dia respon kepada satu artikel yang menulis tentang saya yang tidak pernah minum arak. Amylea tuntut permohonan maaf daripada dua netizen. "Kepada siapa yang kenal dengan orang ini, saya beri masa untuk dia tampil buat permohonan maaf kepada saya sebab saya tidak akan maafkan dosa fitnah dan cuba menyebarkannya," katanya. Amylea berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Selasa. Bersama kapsyen luahan kesalnya itu, dia berkongsi paparan skrin komen ditulis oleh netizen berkenaan. ARTIEKL BERKAITAN: Luka putus tunang belum sembuh, Amylea Azizan tak sedia bertukar nombor telefon dengan mana-mana lelaki ARTIKEL BERKAITAN: Terkial-kial naikkan ‘view’, MV Melepaskanmu kena padam pula... Amylea Azizan kecewa hilang 10,000 tontonan Menerusi komen yang dipaparkan itu, individu berkenaan menuduh penyanyi lagu Melepaskanmu ini menyimpan minum beralkohol di dalam peti ais rumahnya. Bukan tuduhan itu sahaja, seorang lagi netizen turut menulis komen mendakwa Amylea dibesarkan di sebuah kelab malam. "Saya juga mahu individu ini untuk meminta maaf kepada ibu saya, dan saya bersimpati pada dia kerana tidak berpeluang untuk meminta maaf kepada arwah bapa saya. Sebelum bercakap awak kena faham apa yang mereka telah lakukan untuk membesarkan saya. AMYLEA AZIZAN PENYANYI "Sebelum bercakap awak kena faham apa yang mereka telah lakukan untuk membesarkan saya dan apa yang ayah dan ibu saya ikhtiarkan selepas itu untuk menjauhkan mereka dari terus berkerja di situ dan berjaya," kongsinya. Tambah Amylea, individu berkenaan sepatutnya mengambil pengajaran daripada kisah hidupnya dan bukan sekadar mencari keburukan semata-mata. Malah dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap individu berkenaan. Amylea tidak teragak-agak ambil tindakan. "Kenapa tidak melihat kebaikan dan pengajaran tentang cerita saya, tapi hanya mencari keburukan. Adakah semua datang dari dunia yang tidak cerah akan berakhirnya gelap? Dan yakinkah kamu dibesarkan tidak diuji begini akan diterima ibadahnya. "Siapa kamu untuk berkata begitu lagi sekiranya Allah menerima taubat? "Saya masih berfikir untuk saman fitnah tapi saya beri masa untuk diri saya dan orang ini untuk muhasabah. Semoga Allah beri jawapan terbaik. Dia patut tahu dia boleh lukakan hati saya tapi bukan ibu saya," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!