PELAKON Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur akhirnya ibu tercinta iaitu Rosmizai Mohd Noor dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Kata Nelydia atau Nik Zaris Nelysia Nik Sen, 29, doanya ketika berada di Makkah tahun lalu benar-benar termakbul apabila kali ini ibunya pula diberi kesempatan menjejakkan kaki di Tanah Suci. "Alhamdulillah telah Kau kabulkan salah satu impianku dan doa-doa kami ketika di Arafah tahun lalu di mana kami berhajat untuk ibu menjadi tetamu Allah pula bagai menunaikan haji," katanya. Nelydia sebak melihat ibu berangkat ke Makkah. Nelydia menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instastory yang dimuat naik pada Selasa. Menerusi video tersebut dia bersama beberapa anggota keluarga lain dilihat menghantar ibunya itu berangkat ke Tanah Suci bagi menyempurnakan ibadah haji. ARTIKEL BERKAITAN: Peluang tunai Haji tahun ini, anugerah teragung buat Nelydia Senrose dan suami ARTIKEL BERKAITAN: Kembali pakai hijab, Nelydia Senrose bimbang iman tak kuat Malah Nelydia juga dilihat tidak dapat menahan air mata menadah tangan tatkala doa dibaca bagi keberkatan mengiringi perjalanan ibunya. "Syukur segala doa dan usaha kami Kau izinkan Ya Allah. Setelah Kau berikan kami jalan Ya Allah, terimalah haji ibuku," ujarnya. Nelydia dan suami menunaikan ibadah haji tahun lalu. Pada Julai tahun lalu, Nelydia berangkat menunaikan ibadah haji bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi Abduk Hamid. Pertama kali melakukan ibadah tersebut, Nelydia menyifatkan ia sebagai satu rahmat terbesar yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hidupnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!