suria

Air mata Nadeera Zaini gugur, Ajai minta jangan rasa rendah diri dikecam tak cantik

Nadeera tidak dapat menahan air mata ketika mendengar komen Ajai.

PENYANYI Nadeera Zaini gagal menahan perasaan sehingga mengalirkan air mata selepas selesai membuat persembahan pertama di pentas akhir Big Stage 2023 (BS2023) yang berlangsung pada malam Ahad.

Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, sebak ketika menerima komen daripada juri profesional iaitu Ajai yang dilihat memberi kata-kata semangat buatnya susulan pernah dikecam hebat gara-gara penampilannya dikatakan tidak menarik.

"Saya rasa nak 'babab' (pukul) siapa yang cakap awak tak cantik.

"Jangan sesekali merendahkan diri kita. Setiap yang diberi oleh Allah itu ada kelebihannya," kata Ajai.

Nadeera 2

Persembahan Nadeera mendapat tepukan gemuruh penonton.

Big Stage akhir berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

Ajai memberi komen tersebut selepas sebuah rakaman video sebelum Nadeera memulakan persembahan yang memperlihatkan dia meluahkan perasaan ketika menerima kecaman hebat netizen pada minggu ketiga pertandingan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Malampagi’ versi Arab bawa pendengar healing ke masjid, Naufal Azrin buat cover sekadar suka-suka

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal satu lagi kitaran kimoterapi, ibu Ubai dikejarkan ke hospital akibat pendarahan rahim

Kata Nadeera, kritikan orang ramai mengatakan dia tidak mempunyai paras cantik membuatkan hatinya luluh sehingga membuatkan dia tidak bersemangat meneruskan pertandingan.

Persembahan pertama itu, Nadeera mempertaruhkan lagu berjudul Never Enough nyanyian asal Loren Allred dan penyanyi itu menerima tepukan gemuruh dan sorakan daripada penonton di MBSA.

BS2023 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose manakala Jihan Muse diundang selaku Presiden Netizen pada minggu akhir program berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain