suria

‘Malampagi’ versi Arab bawa pendengar healing ke masjid, Naufal Azrin buat cover sekadar suka-suka

Cara Naufal nyanyi semula lagu Malampagi jadi bualan netizen.

PENYANYI Naufal Azrin tidak mempunyai sebarang niat merosakkan lagu berjudul Malampagi yang dipopularkan oleh Saixse dengan memberi sentuhan elemen timur tengah dalam lenggok nyanyiannya.

Naufal atau Ahmad Naufal Azrin, 24, sebaliknya berkata, dia menyanyikan semula lagu popular itu hanya sekadar untuk hiburan dengan membawa dengan cara tersendiri.

"Idea itu memang daripada saya sendiri tapi ia datang secara tiba-tiba, saya sekadar cuba sahaja.

Naufal 3

Naufal tak kecil hati netizen kritik cara nyanyiannya dalam Malampagi.

"Memang tidak semua lagu boleh 'dinasyidkan' tapi bagi saya lagu Malampagi yang saya nyanyikan itu sekadar cover sahaja, untuk seronok-seronok macam orang lain yang suka lagu itu," katanya kepada mStar ketika dihubungi pada Ahad.

Naufal mengulas mengenai kritikan dan kecaman netizen terhadap versi lagu tersebut yang disifatkan telah merosakkan karya asal dengan memasukkan elemen Arab di dalam nyanyiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Undi imuniti tidak dimanfaatkan dengan baik, Naufal Azrin tersingkir minggu ketiga Big Stage 2023

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Naufal Azrin rasa bersalah, sedih Isaac tersingkir ‘Big Stage’... Janji tiada lagi fesyen dedah tubuh

Sedar dia dikecam netizen, Naufal berkata, dia sudah terbiasa dengan kecaman malah memilih untuk tidak ambil peduli dengan kata-kata dilemparkan terhadapnya.

"Saya ada baca komen netizen tapi secara peribadi saya okay sahaja. Bagi saya biasalah ada orang tak suka atau puji bila kita buat sesuatu.

"Tapi ada juga yang suka, ada kata cara saya ini bawa kesedaran untuk 'healing' ke masjid. Jadi saya rasa ia bergantung kepada penerimaan orang juga.

Snapinsta.app_340496209_769836981500267_9046427141376675247_n_1080

Naufal bakal muncul dengan single terbaharu tak lama lagi.

"Ada yang dengar suara saya ini macam nak buat baik tapi ada pula mengatakan mereka meluat," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan dia hanya mampu membawa lagu berirama timur tengah, Naufal minta pendengar menantikan single terbaharu daripada yang menampilkan kelainan.

"Tunggu single solo saya tak lama lagi. Lagu itu memang lain berbanding apa yang pernah saya bawa sebelum ini," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain