suria

Berpakaian dalam depan cermin, selulit dekat paha Sarah Hildebrand pula jadi usikan

Foto terbaharu Sarah mengejutkan peminat yang masih mengikuti perkembangannya.

TINDAKAN Sarah Hildebrand memuat naik swafoto di hadapan cermin hanya mengenakan coli dan seluar dalam berwarna hitam sekali lagi mencuri perhatian netizen meskipun pelakon itu sudah mengundurkan diri daripada dunia seni.

Sarah atau Nur Sarah Hildebrand Asyraf Hildebrand, 33, memuat naik foto berkenaan dipercayai sebagai motivasi untuk menurunkan berat badannya yang dilihat sedikit berisi.

"Saya akan kembali dalam masa sebulan atau lebih," tulisnya pada kapsyen foto tersebut di Instagram.

sarah1 - 1

Sarah bersama rakan-rakannya di unit Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun netizen sudah lali dengan tindakan Sarah yang gemar berpenampilan seksi sejak melepaskan hijab dan berhijrah ke Amerika Syarikat pada 2022.

Sebaliknya, apa menarik perhatian mereka adalah kehadiran selulit pada bahagian paha aktres itu yang kelihatan jelas.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Selepas 7 tahun jadi pelakon, Sarah Hildebrand umum undur diri dari dunia hiburan... Minta viral supaya semua orang tahu

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto dengan PU Azman, Sarah Hildebrand minta netizen jangan menyibuk isu tak bertudung - "Tolong berhenti ceramah seperti anda tahu"

"Ingatkan saya sahaja ada selulit. Orang kurus pun ada masalah sama, apatah lagi kita yang 'comel' ini," tulis salah seorang pengikutnya.

Ada juga memuji bentuk tubuh Sarah yang dikatakan semakin tegap selepas bergelar seorang tentera di Amerika.

"Tentera, kan? Mestilah badan kena mantap! Anda tidak akan boleh melawan bentuk tubuhnya yang hebat. Awak kelihatan hebat Sarah! Teruskan, body goals!," komen netizen yang lain.

WhatsApp Image 2023-07-09 at 2.26.33 PM

Ramai turut kagum dengan bentuk tubuh Sarah.

Pada Oktober 2020, Sarah mencetuskan kontroversi apabila dia mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung selepas hampir setahun berkahwin dengan Otto Gilen.

Sarah kemudiannya mengambil keputusan mengundurkan diri daripada dunia seni pada April 2022 dan memaklumkan dia tidak mahu lagi menjadi pelakon atau pengacara TV.

Kali terakhir lakonan Sarah ditayangkan menerusi drama Seindah Tujuh Warna Pelangi yang bersiaran pada 2020 di saluran TV3.

Pada Julai 2022, aktres berkenaan secara rasmi menyertai unit Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) dan memaklumkan keputusannya itu mendapat sokongan kedua ibu bapanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain