suria

Hafiz Suip selongkar FB jurulatih peribadi cari gambar bersenam, tunjuk bukti punca badan kurus

Hafiz gigih ke gim untuk dapatkan badan yang kurus.

PENAMPILAN kurus penyanyi Hafiz Suip sering kali menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen sehingga tergamak melemparkan pelbagai tuduhan jahat berkaitan penurunan berat badannya yang dikatakan mendadak.

Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 33, bagaimanapun berkata, penurunan berat badannya itu adalah disebabkan dia aktif bersenam di gim dan bukannya disebabkan perkara lain.

Bagi membuktikan perkara itu, penyanyi lagu Awan Nano itu sanggup mencari gambar lama dia Facebook milik jurulatihnya yang menunjukkan dia sedang gigih bersenam di gim.

hafiz 1

Hafiz memuat naik foto menunjukkan dia giat bersenam di gim.

"Saja nak kongsi gambar yang aku korek dalam Facebook jurulatih aku.

"Nak kurus kita kena usaha bukan sekadar berjakok (bercakap) di media sosial menyebarkan fitnah secara tidak sedar," katanya.

Hafiz berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan dia sedang bersenam di sebuah gim.

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki kesihatan Hafiz Suip terjawab, sudah jumpa doktor - “Sihat dan sakit kita Allah tentukan... jangan fikir banyak”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sayang... nanti you kena duduk depan” - Rupa-rupanya Hafiz Suip ‘prank’ isteri muncul dalam persembahan AJL34

Tidak hanya itu, Hafiz memberitahu dia lebih selesa untuk tidak berkongsi semua perkara kepada orang ramai malah memilih memaparkan kebahagian di media sosial.

"Aku bukan seorang yang megah dengan apa yang aku ada. Syukur atas apa sahaja yang Allah SWT berikan.

"Kesakitan atau pahit yang dialami usah diraih simpati bahkan berdiam diri dan bersembunyi. Biarkan kebaikan dan manis sahaja disaji," ujarnya.

Hafiz 4

Penurunan berat badan Hafiz menjadi bualan hangat netizen.

Menerusi ruang komen, rata-rata pengikut bekas peserta program Akademi Fantasia itu menyokong falsafah dipegang Hafiz dan memintanya bersabar atas dugaan diterimanya.

Malah ada sempat bertanya, bila penyanyi itu bakal membuat kemunculan semula memandangkan sudah lama Hafiz tidak tampil dengan lagu baharu.

"Tolong buat comeback, lama tak dengar suara Hafiz dekat radio. Rindu," komen netizen.

Sebelum ini ramai membuat spekulasi berhubung penurunan berat badan Hafiz yang mendadak sehingga ada menuduhnya mengambil barang terlarang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain