suria

Kasih Iris Leona terkilan tak dapat beri pelukan terakhir, tiada lagi peluang buat Pahamin Rajab bangga

Leona harap diberi peluang untuk memeluk datuknya buat kali terakhir.

ANAK kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona terkilan tidak dapat bertemu dan memberi pelukan terakhir buat datuknya yang meninggal dunia pada pagi Ahad.

Leona, 21, menyifatkan datuknya iaitu Allahyarham Datuk Pahamin Ab Rajab seorang yang sering memberinya semangat dan sentiasa berbangga dengan kejayaan dikecapi selama ini.

"Seakan-akan tidak percaya datuk sudah tiada di sini, saya tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan ini. Terima kasih kerana memberi saya kehidupan yang baik dan sentiasa percayakan saya.

Leona 1

Leona akrab dengan datuknya.

"Sepanjang hidup saya, saya hanya mahu membuatkan datuk gembira dan kini datuk sudah tiada lagi. Saya tidak akan mempunyai peluang untuk bertanya sama ada datuk bangga dengan saya.

"Saya sedih kerana masa kita berdua di dunia ini telah berakhir. Saya harap saya boleh ucap selamat tinggal dan memberikan datuk pelukan terakhir," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pahamin Rajab meninggal dunia kena serangan jantung dalam penerbangan ke London

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki beristeri nak ‘pinjam’ anak Azhar Sulaiman untuk satu malam... Netizen tolong jejak identiti, siap jumpa salinan IC

Leona berkongsi luahan sedihnya itu menerusi Instagram miliknya dan turut memuat naik beberapa foto bersama Allahyarham.

Dalam pada itu, Leona berkata, dia bertuah kerana menjadi cucu kepada bekas pengerusi AirAsia Berhad itu dan bersyukur dengan segala yang telah dilakukan oleh Allahyarham kepadanya.

Leona 2

Pahamin meninggal dunia ketika dalam penerbangan ke London.

"Kalau saya diberi peluang untuk bercakap dengan Toh Poh (panggilan buat Pahamin), saya mahu datuk tahu bahawa saya bersyukur dengan segala yang telah datuk berikan kepada saya.

"Tanpa Tok Poh, saya bukanlah sebahagian daripada diri saya hari ini. Saya sangat bertuah menjadi cucu Tok Poh. Selamat tinggal, saya akan merindui Tok Poh selama-lamanya. Jumpa lagi dalam mimpi," ujarnya.

Pada pagi Ahad, Azhar memaklumkan bapa mentuanya yang berusia 77 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke London.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain