suria

Bad Indigo dedah teman wanita dihasut individu tak dikenali, siap hantar gambar bersama bekas isteri

Bad berang ada individu cuba menghasut kekasihnya.

PENYANYI Bad Indigo mendedahkan teman wanitanya diganggu individu tidak dikenali yang sering menghantar mesej berbaur hasutan dalam cubaan mengeruhkan hubungan mereka.

Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, berkata, individu tersebut turut menghantar gambarnya bersama bekas isteri kepada kekasihnya dengan memberitahu dia lebih sesuai bersamanya.

Disebabkan itu kata Bad, dia bimbang untuk mendedahkan identiti teman wanitanya yang dikenali sebagai RDM kepada umum.

"Saya tak faham dengan orang yang tak habis-habis bersikap dengki dan cuba menghasut. Langsung tak boleh tengok orang lain senang, tetap mahu masuk campur dalam urusan peribadi orang lain.

bad1 - 1

Bad meluahkan kekesalannya menerusi video siaran langsung di Instagram.

"Baru-baru ini RDM diganggu... disebabkan itu sampai sekarang saya tidak mahu dedah nama dan wajahnya kerana bimbang dengan individu yang suka menghasut dan bersikap dengki.

"Ada individu yang tahu kisah kami ini sudah hantar gambar lama saya bersama bekas isteri kepada RDM dan memberitahu saya lebih sesuai dengan bekas isteri," katanya.

Bad berkongsi mengenai perkara itu menerusi siaran langsung di Instagram miliknya pada petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto bersama seorang wanita di IG, Bad Indigo tengah bahagia 'melampau'

ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk sipi-sipi wajah buah hati, Bad Indigo dituduh ilusi tentang ada teman wanita

Dalam pada itu, Bad turut kesal apabila keadaan fizikalnya yang tidak sempurna turut menjadi bahan hasutan individu berkenaan terhadap RDM.

Menurutnya, situasi tersebut membuatkan emosi kekasihnya terganggu.

"Ada yang siap tanya lagi, betul ke nak dekat saya? Saya ini kan cacat. Saya ini cacat atau tidak, semua ini ujian dari Allah SWT. Apa masalah dia nak menghasut RDM?

"Apa masalah dia nak hantar gambar lama saya? Gangguan seperti ini sudah tentu menganggu emosi RDM," ujarnya.

Apa masalah dia nak hantar gambar lama saya? Gangguan seperti ini sudah tentu menganggu emosi RDM.

BAD INDIGO

PENYANYI

Sementara itu, Bad memberi peringatan kepada individu tersebut sekiranya terus melakukan gangguan terhadap teman wanitanya.

Tambahnya, dia juga tidak akan memaafkan si pelaku kerana telah menganggu kehidupan mereka berdua.

"Lupa ke apa yang korang buat dekat dunia ini, ingat habis dekat sini ke? Ia dibawa ke akhirat kelak... Nanti dekat sana korang merangkak cari saya.

"Dengan nama Allah, saya tidak memaafkan. Untuk memaafkan seseorang itu adalah hak kita.

bad2 - 1

Bad belum sedia mendedahkan identiti teman wanitanya.

"Jadi, baik korang berdoa sahajalah supaya Allah menerima permohonan maaf korang itu kerana saya tidak akan maafkan... Korang mengganggu hidup saya," katanya.

Sebelum ini, tindakan Bad merahsiakan identiti kekasihnya membuatkan ada netizen yang menuduh penyanyi itu hanya berilusi tentang mempunyai teman wanita.

Perkongsian Bad meraih perhatian ramai apabila penyanyi berkenaan berkongsi sudah menemui pengganti selepas mengumumkan penceraian dengan penyanyi Ashira sekitar Jun tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain