suria

Fiersa Besari kembali ke KL, janji bawa kejutan buat peminat

Fiersa teruja mahu bertemu peminat di Kuala Lumpur.

SAMBUTAN hangat ketika muncul dalam sebuah acara di Kuala Lumput tahun lalu menjadi titik tolak penganjuran konsert solo buat penyanyi asal Indonesia iaitu Fiersa Besari.

Melihat ini sebagai satu penghargaan dalam kerjaya seninya, Fiersa juga teruja bakal bertemu peminat sempena konsert Berjalan Mundur by Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 23 Ogos nanti.

"Kembali ke Kuala Lumpur dan dapat berdiri di hadapan peminat adalah penghargaan terbesar. Saya yakin konsert ini bakal menjanjikan pengalaman luar biasa dan bermakna buat semua yang hadir nanti.

fiersa 3

Fiersa mahu beri kelainan untuk peminat di KL.

"Sokongan tidak berbelah bahagi dan keterujaan peminat di Malaysia memberikan inspirasi untuk saya mempamerkan persembahan yang tidak mungkin dilupakan," katanya.

Dalam masa sama dia juga berjanji tidak akan menghampakan penonton yang hadir pada konsert di Zepp KL itu nanti.

Malah dia juga mahu memberi kejutan khas buat peminat di Malaysia yang gemar mendengar lagu-lagu bertemakan cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukup satu malam! Anuar Zain tiada perancangan tambah hari konsert sempena 40 tahun dalam dunia seni

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan simpan rahsia, Bunga Isme terpilih jadi penyanyi pembukaan konsert Coldplay

"Setiap lagu saya akan bawakan dengan sepenuh hati kerana saya mahu konsert itu nanti memberi pengalaman bermakna buat peminat.

"Saya janji akan ada kejutan dan kelainan pada susunan muzik dalam beberapa lagu kegemaran ramai. Namun jati diri Fiersa sebagai penyanyi dan pemuzik tidak sesekali dipinggirkan," ujarnya.

Fiersa bakal membawakan 18 buah lagu termasuk karya-karya popular seperti April, Waktu Yang Salah dan Celengan Rindu diiringi gitar akustik yang pasti sarat denga emosi.

fiersa 2

Kuala Lumpur menjadi satu destinasi Fiersa bertemu peminat.

Sementara itu menurut Ketua Pemasaran Seraya Group, Intan Dhenisya Putri selaku pengajur berkata konsert ini juga bagi meraikan 14 tahun penglibatan Fiersa dalam bidang muzik.

"Fiersa cukup terharu dengan sambutan peminat ketika muncul pertama kali di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

"Konsert solo ini juga sebagai tanda pelancaran album terbarunya berjudul Berjalan Mundur yang dilancarkan November tahun lalu.

"Atas sambutan menggalakkan, kami menjadikan Kuala Lumupur sebagai salah sebuah lokasi siri konsert Fiersa," jelasnya.

Tiket konsert ini boleh dibeli secara atas talian di www.ticket2u.com.my.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain