PELAKON dan pengarah Datuk Afdlin Shauki mengorak setapak dalam kariernya apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula 7 Julai 2023. The Star melaporkan Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 52, merupakan artis pertama yang dilantik memegang jawatan tersebut dan berharap pelantikannya itu dapat menjadikan ibu kota sebagai hub pusat seni dan hiburan. "Belum ada wakil dari industri hiburan sebelum ini," katanya. Pelantikan Afdlin adalah berdasarkan pengalamannya dalam dunia hiburan. Pada 7 Julai, Afdlin menjadi salah seorang daripada 11 ahli baharu yang dilantik sebagai lembaga penasihat bagi menawarkan nasihat kepada Datuk Bandar. Menurut Setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Azman Abidin, pelantikan Afdlin adalah berdasarkan pengalamannya dalam sektor hiburan. ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki pernah merajuk, tawar hati buat filem kerana kebajikan tidak dijaga... Dakwa pawagam manipulasi laporan tayangan ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki pilih Ogos depan jawab dakwaan sudah tamat zaman duda "Afdlin boleh memberikan maklum balas berharga menerusi perspektif (sektor hiburan) serta kapasiti sebagai ahli perniagaan. "Kami juga memerlukan seseorang yang mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai isu seperti pengendalian acara dan konsert. "PM merasakan perlunya perwakilan di lembaga pengarah Kuala Lumpur daripada sektor hiburan supaya perkara dapat dijelaskan dengan lebih baik bagi mengelakkan kekeliruan," katanya. Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan menerima kecaman berhubung isu melibatkan sebuah kelab yang tidak mempunyai lesen. Kelab Komedi Crackhouse yang bertempat di Taman Tun Dr Ismail hanya beroperasi dengan menggunakan lesen restoran ketika menjalankan aktiviti hiburan pada tahun lalu. Hal ini hanya diketahui selepas muncul video menunjukkan seorang wanita menganggalkan baju kurung yang dipakai semasa melakukan persembahan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!