TINDAKAN pelawak dan penyampai radio Suria FM Shuib membawa isterinya menikmati hidangan di sebuah medan selera membuatkan ramai meluahkan rasa kagum dengan sikap rendah diri pasangan ini. Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, berkata, itu adalah pertama kali dia membawa Watie Hanifiah makan di situ yang juga merupakan lokasi kegemaran Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin. "Dah makan di sini sejak 13 tahun lalu, Siti Sarah yang perkenalkan tempat ini masa bercinta dulu. Watie juga menyukai lokasi tempat makan kegemaran arwah Sarah. "Siti Sarah dah makan di sini sejak zaman sekolah lagi dan memang tempat kegemaran makan tengah hari. Ini kali pertama bawa Watie makan sini, dia pun suka," katanya. Shuib berkongsi video dia makan bersama Watie di laman Instagram miliknya pada Selasa. Sambil menikmati pelbagai hidangan di depan mata, pasangan ini sempat bergurau tatkala Shuib merakamkan video. ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tak setia terlalu cepat kahwin baharu, abang arwah Siti Sarah tampil pertahankan Shuib ARTIKEL BERKAITAN: Kerinduan Raisuddin Hamzah terubat, jejak kanak-kanak mirip Siti Sarah Menganggap tempat tersebut penuh kenangan indah, Shuib juga mahu Watie lebih kerap menemaninya ke sana selepas ini. "Tempat penuh kenangan, makan tengah hari sedap. Awak teman saya makan di sini pula ya," ujarnya. Meninjau di ruangan komen, ramai memuji kemesraan pasangan yang baru bernikah pada 23 Jun lalu. Ramai memuji sikap Watie yang menerima baik anak-anak Shuib bersam Sarah. "Salah satu sebab kenapa suka dengan Watie... dia sangat memahami dan profesional. Aku tengok banyak kali video ini, suka lihat pasangan ini. "Nampak Shuib betul-betul jaga isteri dengan baik. Shuib layak dijadikan contoh suami mitahli," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!