suria

Bakat tak dipandang, rupa paras pula dihina... Ini nasihat Ajai untuk penyanyi baharu

Ajai minta penyanyi baharu perlu bijak buat marketing.

KOMPOSER dan penulis lirik Ajai menasihati penyanyi yang pernah menerima hinaan terutamanya menyentuh mengenai paras rupa agar tidak berputus asa dengan kutukan itu.

Dalam hal ini, Ajai atau Mohd Faizal Maas, 48, berkata sebagai penyanyi mereka harus percaya dengan bakat yang dimiliki.

"Dalam hidup kita ini, kita perlu sayang diri kita ini dahulu baru boleh sayang orang lain.

Ajai 6

Ajai minta penyanyi percaya pada bakat mereka.

"Kalau dia percaya dengan bakat yang ada jangan putus asa. Percaya pada rezeki yang Allah beri. Cepat atau lambat pasti ada rezeki.

"Yang penting doa kepada Allah, InsyaAllah Dia mendengar," katanya kepada mStar.

Mengulas nasib yang menimpa juara Big Stage 2023 iaitu Nadeera Zaini yang masih mencari tapak dalam industri, Ajai berkata penyanyi berkenaan memerlukan strategi pemasaran yang baik agar diterima ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wajah disamakan dengan haiwan, Nadeera Zaini tergores dihina soal rupa - “Semua itu adalah ciptaan Allah”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Orang tak nak tengok muka ketat” - Sakan bergelek dengan Kak Lina, aksi Ajai berlaku secara spontan

"Dia ada bakat, tapi selain bakat dia juga perlukan marketing. Sebab marketing akan membuatkan seseorang itu lebih yakin untuk dikenali.

"Orang Malaysia dah tahu bakat dia cuma dia perlu tahu macam mana nak ketengahkan populariti dia," jelasnya.

Bukan itu sahaja, Ajai juga berpendapat pemilihan lirik dan lagu turut memainkan peranan penting untuk meningkatkan nama seorang penyanyi.

Jelasnya banyak perbezaan lirik lagu pada ketika ini sehingga sukar mendapat tempat di hati pendengar.

Ajai 5

Anggap harap penyanyi baru pilih lagu dengan betul.

"Pemilihan lirik lagu juga memainkan peranan penting, kalau dikaji sebelum lagu-lagu lama memainkan perumpamaan dan peribahasa yang bagus.

"Itu yang membuatkan ia sangkut dalam kepala. Sekarang banyak lirik yang banyak tak sentuh pada jiwa... dan bermusim. Bila dah habis musim lagu itu pun habis,” ujarnya.

Semasa final Big Stage yang berlangsung pada 8 Julai lalu, Nadeera tidak dapat menahan sebak selepas netizen menyamakan rupa parasnya dengan seekor haiwan.

Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, berkata, penghinaan itu benar-benar menggores hatinya kerana dianggap melampau.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain