suria

Tamat Big Stage, Hoondoo bergegas balik Korea... Mahu perbaharui visa, rancang pindah Malaysia

Hoondoo merancang untuk pindah ke Malaysia.

SELEPAS berakhirnya program Big Stage musim kelima, peserta duo iaitu Hoondoo memaklumkan mereka terpaksa pulang ke Korea Selatan kerana tempoh visa telah tamat.

Hoondoo dianggotai oleh Lee Seung Hoon, 34, dan Doo Jin Soon, 33, bagaimanapun memberitahu mereka akan kembali semula ke Malaysia selepas menguruskan pembaharuan visa.

Kata Hoon, mereka mempunyai perancangan untuk merakamkan single bahasa Melayu, namun ingin mengambil masa untuk memperkasakan lagi penggunaan bahasa berkenaan.

HN1

Hoondoo terpaksa pulang sebentar ke Korea Selatan.

"Selepas habis program ini kami harus pulang terus ke Korea kerana visa telah tamat tempoh.

"Tetapi apabila kami berada di Korea nanti, kami akan menghidupkan semula visa dan akan cuba untuk pulang semula ke Malaysia secepat mungkin.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera Zaini tepati ramalan juara Big Stage 2023, bawa pulang RM100,000

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan senang peserta 'Big Stage' Hoondoo nak nyanyi lagu bahasa Melayu... Tertarik selepas tonton video Aina Abdul

"Kami sudah berbincang akan hal ini dengan beberapa pihak... tetapi apa-apa pun kami perlu pulang ke Korea dahulu untuk belajar bahasa Inggeris dan memperkasakan penggunaan bahasa Melayu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Hoon memberitahu, mereka tiada halangan untuk menetap di Malaysia kerana sudah terbiasa berjauhan dengan keluarga.

Kami juga ada merancang untuk tinggal di sini (Malaysia). Selepas ini pastinya kami akan merindui untuk makan di kedai mamak.

HOONDOO

PESERTA BIG STAGE

Tambah Hoon lagi, mereka akan merindui makanan Malaysia terutamanya menikmati nasi goreng kambing dan megi goreng mamak.

"Kami juga ada merancang untuk tinggal di sini (Malaysia). Sejak usia 20-an lagi, kami sudah tinggal berasingan daripada keluarga.

"Jadi, memang kami sudah biasa berjauhan daripada keluarga.

HN2

Hoondo memenangi tempat keempat dalam BS2023.

"Selepas ini pastinya kami akan rindu untuk makan di kedai mamak. Antara kegemaran kami ialah nasi goreng kambing dan megi goreng... sedap sangat," katanya.

Pada Ahad lalu, Hoondo berjaya menempatkan diri di kedudukan keempat pentas akhir Big Stage 2023 (BS2023) yang turut membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Hoondo menyanyikan dua buah lagu iaitu runut bunyi drama popular Korea yang berjudul Beautiful dan pada pusingan Battle Mashup mereka berentap bersama Putera Muhammad menerusi lagu Bunga Angkasa dan Gemuruh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain