SETIAP kali kontroversi membabitkan personaliti media sosial Ameera Khan menjadi bualan netizen, pasti nama kakaknya iaitu Noor Neelofa terpalit sama. Sehinggakan ada netizen mendakwa Neelofa sekadar menutup mata dengan tindakan dan perbuatan adiknya itu. Tampil menjawab mengenai perkara itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata dia sudah memainkan peranan sebagai kakak dengan memberikan nasihat. Neelofa tenang jawab isu Ameera Khan. "Saya lebih mengenali adik saya macam mana, saya pun mainkan peranan sebagai kakak yang lebih berusia dengan bercakap dan berbincang bagi dia faham apa yang dibuat betul atau salah. "Saya tak nak cakap lebih-lebih kerana bagi saya ia privasi kami. "Tapi apa yang boleh saya katakan kami semua tidak berdiam diri. Saya sokong apa yang baik dan tegur apa yang tidak," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto coli merah, netizen anggap Ameera Khan sudah tiada sifat malu ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa bilang hari bersalin anak kedua, tak mahu dedah wajah bayi di awal kelahiran... Pilih pantang cara kampung Bukan itu sahaja, Neelofa juga menyangkal dakwaan ahli keluarganya gemar mencetuskan kontroversi selepas lama menyepi daripada cerita panas. Sebaliknya, netizen yang gemar mengorek kisah peribadi mereka. "Orang sekarang dah bijak, bukan macam dulu kena cari majalah untuk baca. Semua orang sangat pandai menilai, peminat akan tahu macam mana cara seseorang itu cari kontroversi... viral. Neelofa sangkal keluarga suka cari kontroversi. "Kalau orang itu tak buat apa-apa tapi orang nak tahu cerita dia itu pun ada juga, jadi mereka sendirilah yang kena pandai menilai. "Yang saya tahu keluarga saya tak ada seorang pun yang mencari populariti... tapi orang yang cari cerita kami," kongsinya. Sebelum ini, nama Ameera atau Nur Ameera Khan, 23, menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik foto menggantung coli di balkoni sebuah hotel. Bukan itu sahaja, aksi Ameera bersenam bersama jurulatih lelaki juga menjadi bualan beru-baru ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!