suria

Pujuk anak tiri merajuk, netizen puji layanan baik Watie... “Akhirnya mereka ada tempat bermanja”

Kasih sayang yang ditunjukkan Watie menarik perhatian ramai.

KEMESRAAN dan layanan baik isteri kepada pelawak dan penyampai radio Suria FM Shuib iaitu Watie Hanifiah terhadap anak-anak tirinya menerima pujian netizen.

Menerusi perkongsian video terbaharu di Instagram, Watie, 35, dilihat memujuk anak ketiga iaitu Ariq Matin yang sedang merajuk menarik perhatian pengikut.

Kata Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, Matin merajuk selepas melihat dia memeluk Talita.

watie2 - 1

Watie dipuji kerana menyantuni anak-anak Shuib.

"Masa itu mummy (panggilan Watie) dengan Dekta (panggilan Talita) sahaja, mana ada awak... biarlah mummy peluk Dekta, asyik peluk awak saja.

"Matin kenapa awak nak merajuk... Mummy keluar berdua saja dengan Dekta. Awak tak ikut mummy. Masa tu awak dekat rumah atuk," katanya.

Dalam rakaman itu, Watie dilihat terus memujuk Matin dengan menyanyi bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib bawa isteri makan di medan selera, rupanya tempat kegemaran arwah Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Patut hiburkan tetamu di majlis nikah tapi Shuib tak beri izin, ramai puji suara lunak Watie Hanifiah

Namun, anak lelaki penyampai radio berkenaan masih lagi menangis menunjukkan rasa tidak puas hati.

"Janganlah menangis... Dia merajuk sekarang. Mummy menyanyi dengan awak pula.

"Macam mana mummy nak menyanyi dengan awak kalau awak tak beri kerjasama," pujuk Watie.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat anak-anak Shuib akhirnya dapat menumpang kasih seorang insan bernama ibu.

watie3 - 1

Shuib dan Watie bernikah pada Jun lalu.

"Alhamdulillah, anak-anak Allahyarham sudah mendapat semula tempat bermanja dan kasih sayang seorang ibu... Terima kasih dan tahniah buat Watie.

"Pasti Shuib sangat lega bila sudah ada ibu baharu untuk anak-anak dia. Meskipun bukan ibu kandung tapi insyaAllah kasih sayang yang Watie beri tak berbelah bahagi.

"Dia (Matin) cemburu. Ala comelnya... seronok sangat tengok anak-anak gembira dapat kasih sayang mummy," tulis netizen.

Sebelum itu, Watie berkongsi rakaman video dia bersama Talita sedang berada dalam kereta menyanyikan lagu Cinta Tak Harus Memiliki nyanyian ST12.

Selepas menyanyi bersama, Watie memeluk dan mencium kanak-kanak perempuan itu.

watie1 - 1

Watie bahagia bersama Shuib.

Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu.

Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain