suria

“Peminat suka ada nilai sentimental”… Impian Amir Masdi tercapai, lancar album fizikal pertama

Amir mahu memperjuangkan karya dalam sebuah album.

BIARPUN industri muzik kini dimonopoli platform digital, namun ia tidak menghalang penyanyi Amir Masdi melancarkan album pertamanya berjudul AMIR MASDI.

Kata Amir atau Amir Syazwan Masdi, 27, album fizikal mampu memberikan nilai sentimental buat peminat yang sentiasa menyokong kerjaya nyanyiannya selama ini.

Penyanyi ini mendedahkan dia sudah lama mengimpikan untuk mempunyai album sendiri dan menganggap ia sebagai satu trofi kejayaan buatnya.

amir1 - 1

Amir percaya peminat masih mahu membeli album fizikal.

"Saya tahu zaman sekarang semuanya bergantung dengan dunia digital tetapi saya rasa masih ada peminat yang mahukan album berbentuk fizikal.

"Kalau kita tengok pada peminat, mereka sukakan benda yang ada nilai sentimental. Untuk memiliki album fizikal ini adalah salah satu matlamat bagi seorang artis.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Masdi mahu hidupkan semula fesyen retro, tak peduli dilabel 'tua sebelum usia' yang penting jiwa muda

ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun dalam industri, Amir Masdi masih anggap diri penyanyi baharu.. "Perjalanan sebagai anak seni bukan mudah"

"Saya sendiri sebagai penyanyi memang idamkan untuk mempunyai album dan saya menganggap ia sebagai satu trofi bagi saya," katanya kepada mStar.

Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran album dan mini showcase yang diadakan di Deepblue Bar, The Face Suites, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Album ini merupakan satu seni yang besar dan saya rasa di sinilah tempat saya boleh berkarya.

AMIR MASDI

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kau Sakiti ini memberitahu dia mahu memiliki lebih banyak lagu nyanyian sendiri dan tidak lagi bergantung dengan rakaman lagu saduran atau cover.

Kata Amir, menerusi penghasilan album dia dapat berkarya dan menghasilkan lagu sendiri.

"Sebagai penyanyi kalau boleh kita mahu mempunyai lagu sendiri, jadi bila ada konsert atau persembahan saya boleh menyanyi lagu sendiri.

"Saya mahu perjuangkan lagu saya sendiri kerana bagi saya lagu saduran memang akan membantu tetapi bukan selamanya, lebih-lebih lagi untuk bertahan dalam industri.

"Jadi, album ini merupakan satu seni yang besar dan saya rasa di sinilah (menerusi album) tempat saya boleh berkarya," ujarnya.

Berkongsi perasaan menjayakan persembahan secara langsung (live performance) di hadapan peminat, Amir meluahkan rasa syukur kerana sambutan yang diterima amat mengalakkan.

amir2 - 1

Amir tidak menyangka showcase pertamanya terima sambutan ramai.

Amir menghiburkan peminat dengan 16 buah lagu termasuk lagu baharu iaitu Berhenti Mencinta ciptaan Edry Abdul Halim.

"Saya tidak sangka showcase ini menerima sambutan mengalakkan daripada peminat. Ini merupakan satu pengalaman pertama dan bermakna buat saya.

"Sebenarnya daripada saya kecil lagi sudah mengimpikan untuk beraksi di atas pentas, bukan hanya melakukan persembahan biasa... tetapi saya mahu orang datang untuk melihat Amir Masdi," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain