suria

Chacha, Emma Maembong ‘orang kuat’ bantu persiapan kahwin Cat Farish dan Shikin... Seminggu keluarga gotong royong buat persediaan

Emma, Beby dan Chacha tidak dapat menahan sebak melihat Shikin menjadi isteri orang- Foto Ihsan CST Production

PELAKON Chacha Maembong mendedahkan dirinya sedang mengenal hati budi dengan seorang jejaka yang enggan didedahkan identitinya ketika ini.

Chacha atau Siti Aisyah Rohani Ismail, 26, bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai perkara itu kerana masih belum ada kata putus mengenai hubungan tersebut.

"Doakan yang terbaik untuk saya, siapa tak nak kahwin. Dalam keluarga ini semua dah kahwin tinggal saya dengan abang saya seorang itu.

277701204_977875476449654_5397778351220932235_n

Chacha sedang kenal hati budi seseorang.

"Saya tak nak cakap lebih berdasarkan pengalaman saya, bila dah betul-betul yakin nanti saya akan kongsi. Cuma sekarang ini kita simpan dulu.

"Sekarang ini pun saya masih lagi proses kenal-kenal," katanya kepada mStar.

Chacha berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pernikahan Shikin Maembong bersama penyanyi Cat Farish di Setapak, Kuala Lumpur yang berlangsung pada malam Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Famili kami ramai perempuan”... Patutlah Chacha terlebih ‘excited’ Emma Maembong bakal timang anak lelaki lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Kazar, Chacha, Liza Abdullah di set ‘30 Hari Sebelum Raya Lagi’... Selit komedi kisah penyondol

Berkongsi mengenai majlis perkahwinan kakaknya itu, Chacha memberitahu mereka sekeluarga mengambil masa seminggu untuk menyiapkan segala persiapan.

Kata Chacha, kesibukkan penggambaran tidak menghalang untuknya sama-sama membantu membuat persiapan majlis berkenaan.

"Persiapan kurang dari seminggu sahaja, sejujurnya Emma yang uruskan dulu sebab saya ada shooting. Tapi saya ada bantu uruskan apa yang patut walaupun sibuk dengan penggambaran.

"Tempat ini Emma dan Chacha yang pilih, tapi persiapan untuk semua majlis sebenarnya melibatkan semua ahli keluargalah.

VjFitFWT

Emma Maembong mengalirkan air mata semasa pernikahan Shikin.

"Bila ada majlis kami memang akan tolong satu sama lain, bila kerjasama ini rasa dia lain. Penat dan susah senang sama-sama," kongsinya.

Malah, Chacha berharap apabila tiba hari bahagianya kelak, ahli keluarga akan turut sama membanting tulang membantu segala persiapan majlis.

"Saya harap majlis kahwin nanti mereka kena bergotong royong pula, InsyaAllah. Saya pun rapat dengan keluarga, mereka adalah kawan saya.

"Saya nak pergi bercuti nanti bila dekat-dekat tarikh nak kahwin, yang saya tahu semuanya dah siap waktu itu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain