PENGACARA Rina Nose memberitahu kejadian tersalah tempo nyanyian ketika membuat persembahan pembukaan di pentas akhir program Big Stage musim kelima (BS5) adalah sesuatu yang amat memalukan. Kata Rina atau Nurina Permata Putri, 38, dia tidak boleh melupakan apa yang telah berlaku sehingga menyebabkan dirinya sukar untuk tidur. Malah, Rina juga secara terbuka mengakui insiden yang berlaku itu adalah disebabkan kesalahan sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage 5 buat kejutan, pelawak popular Indonesia Rina Nose pengacara bersama Elly Mazlein "Selepas dua hari tak boleh tidur gara-gara kejadian ini, saya jelaskan daripada pendam sehingga menjadi kebimbangan yang tiada berakhir. "Saya mengakui kejadian memalukan ini bermula dari kesalahan yang saya buat sendiri tanpa mengetahui apa puncanya. "Semua persiapan telah dilakukan dengan baik, tetapi tiba-tiba ada hal yang terjadi di luar jangkaan," katanya. Rina Nose tersilap tempo ketika pembukaan persembahan. Rina menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Jumaat. Dia sebelum ini tampil menyanyi lagu Crazy In Love (nyanyian asal Beyonce) sebagai acara pembukaan. Meskipun melakukan sedikit kesilapan, Rina mendapat kerjasama baik barisan pemuzik untuk kembali mengikut rentak asal lagu berkenaan. Setiap minggu Rina menghiburkan penonton dengan persembahan berbeza. Malah persembahan itu juga diteruskan dan Rina mendapat tepukan gemuruh penonton. Rina merupakan pengacara BS5 bergandingan bersama Elly Mazlein. Tambahnya lagi kejadian seumpama ini adalah sesuatu yang biasa terjadi dan dia menyifatkan sebagai cabaran dalam bekerja. "Kadang-kala apa yang sudah dirancang boleh hancur begitu saya dengan alasan yang tidak boleh dijelaskan. Saya anggap ini sebagai keajaiban pentas," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!Ri