KONSERT Goyang Asia-Koplo Milenia yang sepatutnya berlangsung pada Ogos ini ditunda pada 30 September depan. Menurut Pengarah Projek Mission Sight, Riezman Khuzaimi, perubahan tarikh dan lokasi di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor itu dibuat selepas dirinya ditipu pihak tertentu sehingga terpaksa menanggung kerugian hampir sejuta ringgit. "Saya sebenarnya seorang pelakon dan produser, ini kali pertama saya anjurkan konsert dan pihak sepatutnya membantu telah menipu saya. Riezman ambil tindakan selepas kena tipu. "Saya agak kecewa apabila segala perancangan tidak berjalan seperti yang diharapkan. Disebabkan itu saya terpaksa menukar tarikh dan tempat baru," katanya. Riezman berkongsi perkara itu ketika sidang media tergempar Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang diadakan di Kuala Lumpur pada petang Jumaat. Susulan penipuan itu, Riezman berkata dia telah membuat laporan polis pada 14 Jun lalu di Balai Polis Brickfield, Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: Artis lain buat hal, Ani Maiyuni pun kena tempias... Kecewa penyanyi dangdut tidak diberi peluang adakan konsert besar ARTIKEL BERKAITAN: Riezman Khuzaimi terpaksa guna pendakap leher, selalu menunduk tengok telefon bimbit punca sakit ‘slip disc’ Cerita Riezman, dia mengetahui dirinya ditipu semasa mengadakan sidang media mengenai konsert berkenaan pada 22 Mei lalu. "Ketika itu saya pelik kenapa artis-artis Indonesia yang kita terbangkan tidak dibenarkan untuk ditemu bual, sidang media waktu itu pun rasa lain macam. "Jadi saya ambil keputusan untuk siasat sendiri dan telah pergi ke Tiket2u, lokasi konsert serta beberapa bahagian lain dan dapati mereka tak buat bayaran. Mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati... dengan terjadinya perkara ini saya dapat ilmu baharu dalam menguruskan konsert RIEZMAN KHUZAIMI PENGANJUR ACARA "Kami ajak pihak berkenaan untuk bertemu bagi menyelesaikan masalah ini. Malah bayaran semula juga telah dituntut namun tiada tindakan dari pihak berkenaan," kongsinya. Meskipun berdepan insiden hitam itu, Riezman mengakui tidak serik untuk meneruskan acara berkenaan, sebaliknya menganggap ia sebagai satu proses pembelajaran dalam menganjurkan konsert. Malah, dia bersyukur apabila penyanyi Indonesia tidak membatalkan perjanjian mereka dan masih mahu meneruskan konsert berkenaan walaupun ditunda tarikh yang lain. Penyanyi yang bakal tampil di Konsert Goyang Asia-Koplo. "Mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati... dengan terjadinya perkara ini saya dapat ilmu baharu dalam menguruskan konsert. "Selepas ini, benda-benda yang penting saya boleh urus sendiri tanpa perlu bantuan orang lain lagi," ujarnya. Dalam pada itu, pihaknya memaklumkan terpaksa menukar penyanyi utama iaitu Baby Shima kepada ratu dangdut, Amelina. Amelina (dua dari kiri) diumum sebagai artis yang akan membuat persembahan. Ini kerana Shima tidak dapat meneruskan konsert berkenaan kerana terikat dengan komitmen lain. Selain Amelina dan Ani Mayuni, penyanyi dangdut Indonesia seperti Siti Badriah, Hesty Klepek Klepek, Fitri Carlina dan Rheyna Morena akan turut serta di konsert Goyang Asia-Koplo Milenia itu nanti. Penjualan tiket bermula dengan harga RM480 sehingga RM108 malah turut menawarkan harga RM88 kepada pembeli terawal bermula sekarang hingga 1 Ogos nanti. Konsert yang bakal berlangsung selama dua jam setengah itu turut menggabungkan hos Shandrra Rose dari Indonesia dan Along serta Angah Raja Lawak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!