suria

“Queen is back”... Selepas 15 tahun menunggu, Anuar Zain puji gandingan Ziana dan Hasif Upin

Anuar kagum dengan kolaborasi antara Hasil dan Ziana.

PENYANYI Anuar Zain menyifatkan gabungan duet antara kakaknya iaitu Ziana Zain dan Hasif Upin menerusi lagu baharu berjudul Waktu sebagai antara karya balada terbaik.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 53, turut memuji bakat baharu seperti Hasif yang dilihat cukup bertenaga menyampaikan lagu berkenaan.

"Bukan nak bias (berat sebelah) sebab dia kakak saya, tetapi saya melihat kombinasi mereka sangat bagus.

anuar zain 3

Anuar sentiasa memberi sokongan kepada bakat baharu.

"Hasif dan Ziana sangat bertenaga ketika menyampaikan lagu itu. Saya banyak dengar lagu-lagu baru dan karya ini antara genre balada terbaik. Selepas 15 tahun... the queen is back," katanya.

Kemunculan Ziana dengan single baharu selepas 15 tahun tidak merakamkan lagu menarik perhatian ramai apabila dia tampil berduet dengan penyanyi baharu seperti Hasif.

Ziana atau Siti Roziana Zain, 55, dalam beberapa temu bual sebelum ini menjelaskan dia tiada masalah untuk berduet dengan mana-mana penyanyi namun amat mementingkan kualiti sesebuah lagu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada kisah di sebalik Anuar Zain hilang 10 tahun, karier di awan biru banyak ajar erti kesabaran

ARTIKEL BERKAITAN: Cukup satu malam! Anuar Zain tiada perancangan tambah hari konsert sempena 40 tahun dalam dunia seni

Sementara itu ditanya tentang perancangan merakamkan lagu sendiri, Anuar berkata dia masih mencari karya yang sesuai.

"Setakat ini ada satu atau dua lagu yang betul-betup melekat di hati saya. Lagu-lagu sekarang berbeza jadi ada juga rasa takut kalau dikatakan saya tidak boleh terima sesuatu yang baharu.

Tapi ada orang baru ini takut nak buat lagu untuk saya. Jangan takut... kalau tidak sesuai untuk saya mungkin ia rezeki kepada penyanyi lain

ANUAR ZAIN

PENYANYI

"Saya amat teliti dalam pemilihan lagu. Saya mahukan sebuah karya yang dramatik dan kena dengan jiwa sendiri.

"Banyak kali saya katakan akan tampil dengan single baru tetapi kita hanya merancang. Apabila tidak sesuai akhirnya tidak menjadi. Sekarang ini saya berserah sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anuar juga memberitahu dia terbuka untuk bekerjasama dengan komposer dan penulis lirik baharu.

anuar zain 2

Anuar mencari lagu baharu yang sesuai dengan jiwanya.

Dia bagaimanapun mengakui ada dalam kalangan pencipta lagu takut untuk menghasilkan karya buat dirinya.

"Semestinya saya ada minta dengan komposer baharu. Saya pun tidak pernah tetapkan hanya mahu bekerja dengan orang-orang lama sahaja.

"Tapi ada orang baru ini takut nak buat lagu untuk saya. Jangan takut... kalau tidak sesuai untuk saya mungkin ia rezeki kepada penyanyi lain," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain