suria

Along Cham selesa hidup menduda, kesal ada pihak sengaja ungkit kisah silam rumah tangga

Along pilih nak fokus pada anak tunggalnya.

TUJUH tahun menduda, pelawak dan pelakon Along Cham masih belum terbuka hati untuk kembali berumah tangga.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 40, berkata kesibukan kerja membuatkan dia tiada masa untuk mencari pengganti.

"Saya masih lagi solo ketika ini, mungkin terlalu sibuk dengan kerja.

"Saya bukan serik tapi saya kurang mencari. Saya lebih suka duduk di rumah... habis apa-apa penggambaran saya akan terus balik rumah," katanya kepada pemberita.

Snapinsta.app_343274865_1908756179459144_3919288414746421158_n_1080

Along selesa hidup berdua bersama anak tunggalnya.

Along berkata demikian ketika ditemui di sidang media tergempar Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Kata Along lagi, buat masa ini dia lebih memberikan fokus kepada anak tunggalnya iaitu Ahmad Daniel yang kini berusia 12 tahun.

Malah, ibunya juga tidak memaksa dia berkahwin kerana percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

"Ibu saya bukan jenis kenen-kenenkan anak dia, cuma kadang dia bertanya juga. Anak saya pula okay sahaja, dia paling kuat menyakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun bekas isteri tak jenguk anak, Along Cham kesal dapat DM tuduh zalim tak bagi jumpa

ARTIKEL BERKAITAN: Along (Cham) tidak lagi dendam bekas isteri, hantar anak ke madrasah

"Nak kahwin ini kena ada keinginan tak akan nak bercinta lama-lama. Kalau saya nak kahwin lagi saya akan pastikan perkahwinan itu adil untuk anak saya.

"Saya percaya ada sebab saya bertemu jodoh lagi, mungkin tuhan beri peluang untuk saya jaga keluarga dulu," katanya.

Dalam pada itu, Along memberitahu dia sedikit kesal apabila ada pihak berkongsi semula mengenai kisah silam melibatkan dirinya.

Saya harap sangat yang lepas biarkan berlalu tak payah dikongsi semula.

ALONG CHAM

PELAKON/PELAWAK

Dia bimbang jika mental anaknya terganggu apabila membaca kisah berkenaan kerana kanak-kanak pada hari ini lebih terdedah dengan dunia internet.

"Cuma saya agak terkilan apabila kisah lama saya dikongsi semula. Saya sebenarnya bimbang dengan keadaan anak saya... risau kalau kisah itu menjadi bualan kawan-kawan semasa mereka di sekolah.

"Saya harap sangat yang lepas biarkan berlalu, tak payah dikongsi semula.

"Saya pun percaya anak saya mengetahui hubungan ibu bapanya menerusi carian internet sebabnya dia pernah cakap kisah kami macam pemain bola sepak Neymar," ujarnya.

Along 3

Along sentiasa bimbang dengan keadaan anaknya.

Untuk rekod, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron, 34, pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak.

Pada 13 Ogos 2016, isteri pelawak itu ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khalwat.

Pasangan ini kemudian mengambil keputusan bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain