suria

Reen Rahim menangis, tak boleh tidur kerana lapar... “Adakah semua perempuan macam ni?”

Reen boleh mengamuk sekiranya sedang lapar.

SEDIH dan emosi terganggu kerana lapar, pelakon Reen Rahim menangis semasa bercuti baru-baru ini kerana ketiadaan makanan di dalam bilik hotel.

Cerita Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 35, sejak kecil lagi keluarganya tidak pernah membiarkan dia kelaparan atau kurang tidur.

Meskipun usia sudah menginjak dewasa, Reen berkata dia masih terbawa-bawa kelakuan itu.

reen1 - 1

Perkongsian Reen di Instagram miliknya.

"Benda paling mak dengan kakak saya takkan biar terjadi dalam hidup saya sejak bayi lagi... kena cukup tidur dan cukup makan.

"Saya seorang saja ke macam ini? Lapar punya fasal, tak cukup tidur punya fasal boleh sedih betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangguh niat hamil, Reen Rahim terpaksa berkorban sebab komitmen kerja... percaya ini jalan terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim naik angin dituduh sombong tak layan peminat, pergi tandas pun salah... "Kau ingat artis ni hamba abdi ke?"

"Kalau berdepan dengan masalah besar tak mahu pula sedih menangis... persoalannya adakah saya normal? Adakah semua perempuan macam ni," katanya.

Reen berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam rakaman video dikongsi, Reen turut dilihat sedih dan memarahi suaminya kerana gagal mendapatkan makanan.

Difahamkan, aktres berkenaan bersama suaminya iaitu Hafizan Ibrahim dan rakan-rakan mereka sedang menikmati percutian di sebuah kapal mewah.

Dalam pada itu, Reen memberitahu dia sukar untuk tidur lena jika tidak mendapat makanan.

"Saya ini ada habit buruk makan malam... dalam bilik tiada megi atau apa-apa makanan. Saya lapar dari malam tadi tahu tak?

"Lepas itu, susahlah nak tidur sebab lapar, terpaksa juga tidur. Jadi, awal gila saya bangun... tak kelakar kan," ujarnya.

reen2 - 1

Reen dan suaminya Hafizan (kiri) menikmati percutian di kapal mewah.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini juga memberitahu kelaparan boleh membuatkan dirinya hilang pertimbangan.

"Dia (suami) ingat saya ada perikemanusiaan ke kalau saya lapar? Dia ingat dia selamat ke biar saya lapar? Dia ingat dia boleh tidur dengan tenang ke kalau saya lapar?

"Sampai saya meradang, dia (suami) bangun bawa saya pergi makan. Sekarang saya dah kenyang dan dia boleh tidur dengan tenang," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain