TIDAK semena-mena nama pelakon Idzham Ismail terkait selepas tular gosip mendakwa aktres Shakilla Khoriri mempunyai hubungan dengan suami orang. Menjelaskan hal tersebut Idzham atau Muhammad Idzham Ismail, 35, menegaskan individu yang dikaitkan dengan Shakilla itu bukan dirinya seperti mana diperkatakan oleh banyak pihak. "Orang itu bukan saya. Mungkin sebab nampak persamaan dari segi bentuk wajah, tinggi dan badan disebabkan mukanya dikaburkan. Idzham terpaksa menjawab pertanyaan ramai selepas dituduh sebagai kekasih Shakilla. "Ada beberapa video yang dimuat naik di sosial media kaitkan nama saya. Jadi lebih baik saya jernihkan keadaan dan beritahu individu itu bukan saya," katanya kepada mStar. Pelakon ini turut berkongsi luahan sama dalam beberapa hantaran di Insta Story miliknya pada Sabtu. Tambah Idzham dia pada awalnya hanya mengabaikan gosip tersebut, namun terpaksa tampil memberi penjelasan selepas ramai yang mula bertanya kebenarannya. ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri ulas foto laga kepala, lentok di dada suami orang... Ajak penyebar fitnah bersemuka ARTIKEL BERKAITAN: [V] Muka tak layak jadi hero, sesuai bawa watak penyangak... Idzham Ismail hampir ‘give up’, terfikir tinggalkan dunia lakonan "Pada mulanya saya memang abaikan sahaja, namun apabila ramai yang mula tag nama saya, jadi rasanya ia semakin serius. "Bukan itu sahaja, ada juga yang bertanya apabila berjumpa," ujarnya. Saya sibuk dengan penggambaran dan habis kerja selalunya balik rumah. Kalau ada masa saya akan buat aktiviti berkuda IDZHAM ISMAIL PELAKON Kata Idzham lagi, gosip yang timbul itu sedikit pun tidak memberi kesan terhadap rumah tangganya bersama isteri iaitu Siti Nur Nabilah Shamsudin. Malah wanita itu juga sering mengingatkan Idzham supaya tidak ambil pusing dengan cerita tidak betul sebegitu dan lebih memberi fokus kepada kerjaya. Idzham tidak mahu gosip tersebut memberi kesan kepada keluarga. "Saya sibuk dengan penggambaran dan habis kerja selalunya balik rumah. Kalau ada masa saya akan buat aktiviti berkuda. Jadi isteri tahu apa yang saya lakukan. "Dia pun nasihatkan saya supaya tidak ambil serius tentang hal ini. Cuma perlulah betulkan keadaan supaya tidak berlarutan," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!