suria

Selepas seminggu bersalin, Wany Hasrita beri nama anak Aishah Al Iman

Wany berkongsi nama cahaya mata pertama.

SELEPAS seminggu melahirkan cahaya mata pertama, penyanyi Wany Hasrita akhirnya mendedahkan nama bayi perempuannya itu.

Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, dan suami Mohd Al-Adib Fahmi Harun sepakat memilih nama Aishah Al Iman buat puteri sulung mereka itu.

"Aishah Al Iman Binti Mohd Al-Adib Fahmi genap tujuh hari dah... Alhamdulillah, pagi tadi siap cukur rambut dia, itu pun ibu (Wany) dah sebak.

wany1 - 1

Wany kini bergelar seorang ibu.

"Ibu rakam banyak gambar sebelum dia cukur tadi, padahal nanti rumbut tumbuh saja semula," katanya.

Wany berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita selamat bersalin bayi perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Berjauhan dengan suami ketika hamil cabaran buat Wany Hasrita, mujur tak alami alahan

Dalam pada itu, penyanyi lagu Canggung ini juga memohon peminat untuk mendoakan agar Aishah menjadi anak solehah dan berbudi pekerti.

"Uncle dan aunty doakan Aishah jadi anak solehah, lembut hatinya, cergas mindanya dan baik budi pekerti akhlaknya ya," ujarnya.

Wany bagaimanapun memaklumkan dia dan suami tidak melakukan majlis cukur jambul buat anak mereka dan hanya memuat naik foto sewaktu keluar daripada wad hospital selepas melahirkan.

Wany dan suami juga memberitahu mereja akan berkongsi wajah bayi itu apabila tiba masa yang sesuai.

wany2 - 1

Anak menjadi pengikat kasih sayang Wany dan suami.

Pada 8 Julai lalu, Wany selamat melahirkan bayi pertama secara normal pada pukul 7.14 petang.

Kata Wany, dia berharap agar anak sulungnya itu menjadi pengikat kasih sayang antara dia dan suami.

Untuk rekod, Wany dan Adib mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain