PELAKON baharu Eric Lay mendedahkan dia pernah menerima gangguan daripada pelbagai golongan jantina sejak awal pembabitannya dalam dunia hiburan dan modeling. Memulakan karier sebagai model, Eric atau nama sebenarnya Eric Lai Hongen bagaimanapun berkata dia sentiasa mengingatkan diri untuk menjaga batas pergaulan agar tidak terjebak dengan perkara tidak bermoral. "Bukan saja perempuan... lelaki pun ada yang ganggu (ketawa). Ketika awal menyertai bidang modeling ini memang rasa agak tidak secure. Eric memulakan kerjaya sebagai model. "Namun selepas beberapa tahun dalam bidang ini, saya sudah agak terbiasa dengan keadaan ini. Paling penting, kita kena pandai jaga diri. "Kena tahu apa yang boleh dan tidak boleh buat. Lama-lama saya dapat sesuaikan diri dan tahu untuk mengelakkan daripada gangguan-gangguan ini," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Jasmine Suraya dan Hawa Rizwana jadi bomba, tak sangka ada semangat juang dalam diri ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan tunggal dalam keluarga, ibu bapa Hawa Rizwana larang sertai aktiviti lasak Eric berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran Real Men Malaysia: Wira Merah yang diadakan di Balai Bomba Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Diminta mengulas mengenai model Nia Atasha yang menerima tawaran menggayakan pakaian dalam sebuah jenama antarabangsa, Eric berkata dia juga tidak menolak sekiranya diberi tawaran sedemikian. Sekarang ini saya lebih memberi fokus kepada bidang lakonan tetapi lebih kepada pasaran berbangsa Cina. ERIC LAY MODEL/PELAKON Pun begitu, Eric berkata dia perlu memahami tujuan utama tawaran yang diberikan dan bukannya sekadar ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya semata-mata. "Saya perlu lihat terlebih dahulu tujuan tawaran tersebut dan bagaimana cara mereka ingin melakukan pemasaran. "Saya pernah mendapat tawaran untuk memberikan posing yang terlebih seksi sehingga menampakkan seperti mahu menjual badan dan bukannya pakaian itu. "Jika saya ditawarkan dengan cara profesional dan bukannya menggunakan teknik pemasaran murahan, saya tidak ada masalah untuk menerima," ujarnya. Bercakap mengenai karier seni, Eric berkata dia sedang mengorak langkah untuk menceburi dunia hiburan melibatkan program televisyen berbahasa Melayu. Terbaharu, Eric dipilih sebagai salah seorang peserta program realiti Real Men Malaysia: Wira Merah yang akan bersiaran di Astro Ria bermula 30 Julai ini. Eric merupakan peserta Real Men Malaysia: Wira Merah. "Saya bermula dengan modeling dan kemudian barulah berlakon. Saya pun tidak belajar berlakon jadi agak ambil masa juga. "Sekarang ini saya lebih memberi fokus bidang lakonan tetapi lebih kepada pasaran berbangsa Cina. "Saya tidak mahu fokus pada satu bahasa sahaja, sekarang ini pun saya sudah mula untuk mencari tapak bergiat dalam program berbahasa Melayu," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!