suria

Shiha Zikir tak reti duduk diam, cuba bidang baharu pula… “Rasa puas dapat kongsi rezeki”

Selain menyanyi dan bergelar usahawan, Shiha kini mula aktif sebagai penganjur acara.

MAHU meneroka pelbagai bidang baharu berkaitan industri hiburan, penyanyi Shiha Zikir kini meluaskan kariernya sebagai seorang event organiser atau penganjur acara pula.

Bakal menganjurkan satu acara mega pada Sabtu ini, Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 36, berkata pembabitannya sebagai penganjur itu memberikan banyak pengalaman baharu buat dirinya.

"Sebelum ini syarikat Shiha Zikir Empire pernah buat event tapi kecil-kecil sahaja, ini kali pertama kami diberi tanggungjawab menganjurkan karnival besar begini. Perasaan memang gementar sebab semuanya saya dan team uruskan dari A sampai Z.

b

Shiha sebelum ini membuka satu restoran nasi ayam miliknya.

"Syukur saya ada staf dan sahabat yang banyak bantu, malah ibu pun menyokong bisnes baharu yang saya buat ini sebab dia tahu saya suka apa sahaja hal melibatkan dunia hiburan.

"Banyak pengalaman yang saya terima sepanjang membuat persiapan untuk karnival ini. Walaupun penat tapi saya rasa puas dan tak sabar menanti kehadiran pengunjung," katanya kepada mStar.

Karnival Discover PKNS Selangor Cyber Valley yang dianjurkan oleh Shiha Zikir Empire akan berlangsung di Perkarangan Kompleks PKNS Bangi, Selangor, bermula Sabtu ini.

Shiha kecilkan lingkungan untuk pastikan kekal positif.

Shiha puas dapat kongsi rezeki dengan orang lain.

Antara program menarik sepanjang dua hari berlangsung ialah Colour Fun Run, pertandingan mewarna, pertandingan Mobile Legends dan Fifa, jualan makanan dan minuman serta konsert menampilkan barisan penyanyi popular.

Dalam pada itu, Shiha berkata dia seronok dapat menganjurkan acara sedemikan kerana boleh berkongsi rezeki dengan ramai orang.

"Saya rasa puas apabila dapat berkongsi rezeki dengan kawan-kawan dan orang lain, tengok orang lain tersenyum gembira itu sudah cukup menyeronokkan bagi saya.

Saya rasa puas apabila dapat berkongsi rezeki dengan kawan-kawan dan orang lain

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

"Selain itu, saya juga dapat rapatkan silaturahim dengan peniaga dan semua kru yang terlibat, apabila kita berkawan dengan ramai orang, kita akan belajar lebih banyak perkara baharu," ujarnya.

Ditanya mengenai perkembangan karier, Shiha memberitahu bidang nyanyian tetap keutamaan buat dirinya dan kerjaya sebagai penganjur acara sama sekali tidak menggangu jadual seninya.

Malah, dia juga masih sempat mempromosikan dua single iaitu Kalam dan Tusuk.

d

Barisan artis yang bakal menjayakan konsert pada malam Sabtu ini.

"Saya memang masih fokus nyanyian tapi dalam masa sama sebagai penganjur acara. Tak ada masalah sebab ia masih dalam bidang hiburan.

"Walaupun masa agak terhad dan perlukan fizikal serta mental yang kuat, namun itu sama sekali tidak menghalang kerana saya buat benda saya minat," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain