suria

Altimet segak berbaju Melayu merah, berdepan pertembungan satu lawan satu di DUN Lembah Jaya

Altimet sah menentang calon Perikatan Nasional pada 12 Ogos nanti.

PENYANYI Rap Altimet yang mewakili Pakatan Harapan (PH) sah menentang calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslizah Syed Ariffin untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya bagi Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN), 12 Ogos depan.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN N20 Lembah Jaya, Zafrul Fazry Mohd Fauzi kira-kira pukul 10.25 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC), Dewan Dato' Ahmad Razali, Selangor pada Sabtu.

Altimet akan berdepan satu lawan satu dengan calon PN Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang juga Ketua Penerangan PAS Ampang.

Altimet 2

Altimet bertemu Sharifah Haslizah bagi rebut kerusi DUN Lembah Jaya.

Sebelum itu, Altimet tiba di pekarangan pusat penamaan calon sekitar pukul 8.34 pagi yang turut diiringi kira-kira lebih 300 orang penyokong.

Altimet yang mengenakan baju berwarna merah bersama pengiringnya berarak sambil melaungkan Reformasi dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Pada 23 Julai lalu, pencalonan Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, diumum sendiri oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di padang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Altimet yakin dapat tawan Lembah Jaya, ada pengalaman sebagai penyelaras kawasan

ARTIKEL BERKAITAN: PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos

Ketika itu, Altimet memberitahu dia bersyukur apabila diberi kepercayaan bertanding di Ampang selepas 13 tahun bermastautin di sana.

Penyanyi lagu Aduh Malaysia itu turut memberitahu yakin dapat menawan Lembah Jaya selepas berpengalaman bergelar penyelaras di kawasan berkenaan.

Altimet

Sorakan Refomasi iringi Altimet ke pusat penamaan calon.

"Sebelum ini saya diberikan tugas oleh Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menjadi penyelaras di Lembah Jaya selama sembilan bulan sebelum pembubaran DUN.

"Daripada situ, saya dapat peluang belajar gerak kerja sebagai DUN dan mengenali penduduk di sana walaupun saya bermastautin di Bukit Antarabangsa," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain