PENAMPILAN terkini penyanyi Masya Masyitah dilihat tidak lagi mengenakan hijab mengejutkan ramai peminat dan netizen. Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusof, 23, dilihat cantik memakai baju berona merah jambu tanpa memakai tudung. Penampilannya itu juga dipadankan dengan kereta mewah berwarna merah jambu. Masya tampil yakin dengan rambut berona merah jambu tanpa tudung. Dalam kapsyen yang ditulis, penyanyi lagu Hapus ini juga seakan-akan memberi kata-kata semangat buat dirinya untuk menjadi lebih kuat. "Fikiran awak perlu lebih kuat daripada perasaan," katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur tindakan penyanyi berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Masya Masyitah belum serik, kali ini pakai stoking jarang nampak paha ARTIKEL BERAKITAN: Netizen sakit mata tengok pemakaian Masya Masyitah... fesyen dianggap pelik dan tak sesuai untuk wanita bertudung Malah ada juga seolah-olah sudah dapat menjangka Masya akan membuka hijab selepas berdepan dengan pelbagai kontroversi berkait penampilannya. "Patutlah dia tunjuk aurat sikit demi sikit sebelum ini. Nak buka semua rupanya. "Assalam real ke ni? Mungkin member dah tak tahan nak bertutup, akhirnya kongsi dia tak bertudung. Antara komen yang ditinggalkan netizen di Instagram Masya. "Masyaallah, akhirnya tudung sudah melayang terbang. Terkejut kita," antara komen netizen. Sebelum ini, Masya pernah menerima kecaman dan kritikan daripada netizen kerana tampil berani dengan fesyen pelik dan berkongsi di media sosial. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!