suria

Imbau kenangan lalu! Ruffedge bakal adakan konsert pada Ogos depan, Lah Ahmad tampil sebagai penyanyi undangan

Kerjayaan konsert di Singapura buat Ruffedge tak sabar bertemu peminat di Malaysia pula.

SELEPAS berjaya menawan hati peminat di Singapura pada Jun lalu, kumpulan Ruffedge bakal menggegarkan pentas Malaysia pula pada 19 Ogos ini.

Menurut Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah, konsert yang diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur ini turut menampilkan Lah Ahmad dan penyanyi utama kumpulan Insomniacs, Iqie yang hadir bersama kumpulan vokal baharu, Distorted.

"Dengan memberi sedikit kelainan bagi konsert di Kuala Lumpur, kami bawakan persembahan khas daripada penyanyi R&B terkenal, Lah Ahmad sebagai penyanyi undangan khas pada malam bersejarah itu.

Snapinsta.app_298815221_186069990549897_8103549653940609293_n_1080

Ruffedge bakal ubati kerinduan penonton pada 19 Ogos nanti.

"Kami juga membawa bakat baru dalam industri seni Zeppo Youngsterz yang baru sahaja menjadi juara dalam pertandingan tarian Body Rock USA di Amerika Syarikat baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, Sein atau Syed Hussein Syed Mustafa Al-Qudsy, 39, berkata Lah Ahmad menjadi pilihan kumpulan Ruffedge kerana mereka bakal melancarkan single bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerinduan peminat bakal terubat, Ruffedge umum konsert jelajah ‘Ruffera That Moment In Time’ di Malaysia dan Singapura

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 20 tahun baharulah ada kelab peminat - Ruffedge

"Kami juga bakal mengeluarkan lagu single bersama Lah yang akan dimuatkan didalam album terbaru Ruffedege yang bakal dipasarkan tidak lama lagi," kongsinya.

Bukan itu sahaja, Ruffera ‘That Moment In Time’ live in Kuala Lumpur turut menampilkan kumpulan R&B baru Distorted yang dianggotai oleh Eneyqay, Sinolated serta Iqie yang juga penyanyi kumpulan Insomniacs.

Mereka juga mengekalkn DJ Uno sebagai artis undangan sekali gus menjanjikan akan mengaimbau kembali zaman kegemilangan R&B & Hip Hop satu ketika dahulu.

R2

Ruffedge tampil bersama artis-artis jemputan yang berbakat besar.

"Pemilihan mereka adalah disebabkan Ruffedge percaya mereka akan menjadi pelapis kumpulan R&B di tanah air kita ini," ujarnya.

Bagi mereka berminat, tiket-tiket dijual pada harga RM168 (Free Standing), RM 238 (Standard Seats), RM268 (Dance Zone), RM288 (Premium Seating), RM328 (Ruff Zone) dan RM3,888 (Premium+ Seating/6 pax) di laman web yoloasia.com.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain