suria

Shiera, Suria FM tunai impian remaja sakit kanser jumpa Safee Sali

Suria FM membawa Syahmi bertemu Safee Sali.

IMPIAN seorang remaja penghidap kanser otot ingin bertemu bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safee Sali akhirnya tercapai.

Hasrat Wan Muhammad Syahmi Ezan, 16, itu berjaya direalisasikan apabila penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah membawa Safee bertemu dengan peminatnya itu pada 12 Julai lalu.

Menurut Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 49, pertemuan Syahmi dan Safee itu merupakan salah satu inisiatif Suria FM untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai pesakit kanser.

rara1 - 1

Impian Syahmi bertemu Safee tercapai.

"Sebelum ini saya berkunjung ke rumah Syahmi bagi projek bersama klien Suria FM. Saya ada bertanya kepada Syahmi tentang keinginannya yang belum tercapai.

"Ternyata Syahmi berhasrat untuk berjumpa Safee dan mujur saya mengenali bintang bola sepak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Shahira teruk kena ‘bantai’ gara-gara video bersama Inspektor Sheila, akan ambil tindakan kepada penyebar fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada kelab peminat, Tyzo yakin undian sebab hasil kerja... Sharifah Shahirah pula gandingan deejay terbaik

"Saya sangat gembira dapat mempertemukan Syahmi dan idolanya... semoga hubungan baik antara mereka berterusan sekali gus dapat membahagiakan Syahmi," katanya.

Dalam pada itu, Safee turut meluahkan rasa teruja apabila dapat meluangkan masa bersama Shiera dan Syahmi sekeluarga.

Kata Safee, dia tidak menyangka remaja lelaki berkenaan sangat meminati dirinya meskipun keadaan diri terlalu lemah.

"Buat Syahmi saya doakan dia untuk tidak berputus asa dan sentiasa berfikiran positif kerana tidak ada yang mustahil di dunia ini.

"Saya akan terus memberikan sokongan moral buat Syahmi untuk terus bangkit melawan penyankitnya itu," ujarnya.

Sementara itu, ibu Syahmi iaitu Masyitah turut meluahkan rasa syukur kerana tidak menyangka impian anak bongsunya itu ditunaikan oleh pihak Suria FM.

"Saya sangat bersyukur dan terharu apabila impian anak saya, Syahmi tertunai kerana sememangnya dia menanam hasrat sejak dahulu lagi untuk bertemu Safee.

rara2 - 1

Shiera teruja dapat mempertemukan Syahmi dan Safee.

"Syahmi sangat teruja selepas Kak Rara (panggilan Shiera) dan Suria FM berkeinginan untuk mempertemukan dengan idolanya.

"Ribuan terima kasih kepada pihak Suria FM dan Kak Rara diatas peluang dan pengalaman yang sangat indah buat Syahmi," katanya.

Untuk info, Syahmi yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur disahkan menghidap kanser otot tahap empat pada April 2021 sewaktu ulang tahun kelahirannya yang ke-14.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain