suria

“Mungkin kejutan untuk saya”… Ibu tak tahu Michelle Yeoh kahwin, harap ada majlis resepsi di Malaysia

Jane tidak mengetahui tentang perkahwinan Michelle.

IBU kepada pelakon Tan Sri Michelle Yeoh iaitu Datin Janet Yeoh mendedahkan dia tidak mengetahui mengenai perkahwinan anak perempuannya dengan Jean Todt.

Memetik laporan The Star, Janet memberitahu pelakon filem Crouching Tiger, Hidden Dragon itu sering menghubunginya tetapi tidak pernah memaklumkan mengenai perancangan perkahwinan.

"Anak perempuan saya selalu menelefon saya tetapi dia tidak memberitahu saya mengenai perkahwinannya ketika kami bersembang menerusi panggilan telefon dua minggu lalu.

michelle2 - 1

Michelle belum berkongsi berita gembira dengan ibunya.

"Mungkin dia mahu memberi kejutan buat saya," katanya.

Dalam pada itu, Janet turut meluahkan rasa gembira menerima perkhabaran berita itu kerana dia antara individu yang sering mendesak aktres berkenaan berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh akhirnya kahwin Jean Todt selepas hampir 2 dekad bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Trofi Oscar akhirnya sampai Malaysia, ibu Michelle Yeoh rileks genggam dalam persalinan baju kelawar

Janet juga berharap agar anak perempuannya itu pulang ke Malaysia dan mengadakan majlis resepsi untuk keluarga dan rakan-rakan.

"Jean melamar Michelle sudah banyak kali dan dia akan ketawa sambil berkata dia seronok dilamar... Jean sangat menyayanginya," ujarnya.

Pada 26 Julai 2004, Todt, 77, melamar Michelle selepas menjalinkan hubungan cinta selama lebih sebulan.

Pasangan itu pertama kali bertemu di Shanghai, China pada 4 Jun 2004.

michelle1 - 1

Michelle mengharumkan nama negara dengan kemenangan di Anugerah Oscar.

Selepas hampir 20 tahun akhirnya Michelle sah bergelar isteri kepada Todt yang juga merupakan bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari pada Khamis lalu.

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di Geneva, Switzerland.

Michelle sebelum ini mencipta sejarah apabila menjadi pelakon Asia pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95 pada Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain