suria

Pengsan di tangga rumah… Amber Chia tak tahu punca tiba-tiba pitam, terpaksa rujuk pakar

Amber gembira dibenarkan pulang ke rumah selepas dua hari di hospital.

PELAKON dan model terkenal Amber Chia meluahkan rasa syukur apabila dirinya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak Kahmis lalu.

Kata Amber keadaannya semakin pulih selepas diberikan rawatan daripada pakar dan dijaga dengan rapi oleh ahli keluarga.

"Terima kasih dan sayang awak semua. Maaf kerana buat awak semua bimbang. Saya dalam keadaan yang baik sekarang dan dibenarkan untuk pulang," katanya.

Snapinsta.app_362991547_1214431619236950_8040744099047520723_n_1080

Kongsi gambar terlantar di katil hospital buat peminat bimbang.

Amber berkongsi perkembangan kesihatannya itu menerusi Instagram yang turut memaparkan dirinya sewaktu menerima rawatan di hospital.

Pada Khamis lalu, Amber dikejarkan ke hospital selepas pengsan semasa berjalan turun daripada tangga rumahnya.

Kejadian itu turut disaksikan oleh pengurusnya yang sama-sama berada di lokasi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amber Chia Kongsi Rahsia Kecantikan di TV2

ARTIKEL BERKAITAN: Rajinikanth Tak 'Rampas' Limosin Saya - Amber Chia

"Ramai bertanya macam mana saya boleh terjatuh dari tangga rumah. Selepas makan malam dan tidurkan anak... saya ke tingkat bawah untuk mengambil telefon dan beg saya.

"Masa itu saya juga menghantar rakan dan pengurus saya sekitar pukul 11 malam. Pengurus saya berjalan di belakang saya dan melihat saya pitam secara tiba-tiba.

"Nasib baik saya tidak memegang apa-apa di tangan," jelasnya.

Amber gembira dibenarkan pulang ke rumah selepas dua hari di hospital.

Amber Chia jalani pemeriksaan lebih terperinci.

Amber bagaimanapun bersyukur apabila tiada kecederaan yang teruk berlaku pada dirinya melainkan luka besar di bahagian kiri kepalanya yang membuatkan dia terpaksa menjalani pembedahan.

Bimbang kejadian yang sama berulang lagi, Amber turut membuat keputusan untuk melakukan pemeriksaan lebih mendalam bersama pakar neurologi.

"Tiada pendarahan dalaman atau sebarang kecederaan yang teruk pada mana-mana bahagian tubuh saya. Hanya terdapat pendarahan luaran di bahagian kiri kepada dan kecederaan kecil. Imbasan CT juga menunjukkan tiada pendarahan dalaman.

"Saya tak tahu kenapa saya pengsan dan saya tahu ia bahaya. Saya akan berjumpa dengan bahagian neurologi untuk mengetahui punca saya pengsan dengan tiba-tiba," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain