suria

MK K-Clique sakat isteri sedang pandu kereta, tapi mata netizen pula pandang tak pakai ‘seat belt’

Netizen MK dan isteri beri contoh yang baik buat tentang keselamatan jalan raya.

GELAGAT penyanyi MK dari kumpulan K-Clique bersama isterinya iaitu Siti Hajar semasa berada dalam kereta menarik perhatian netizen di media sosial.

Menerusi satu video yang dikongsi semula netizen, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat mengusik isterinya yang sedang memandu kenderaan ketika itu.

"Berapa minit lagi? Cepat sikit... saya nak pergi solat Jumaat. Selepas ini saya ada mesyuarat. Tolong jangan tekan break," katanya kepada isteri.

MK 2

Gurau senda MK dan isteri sentiasa jadi bualan netizen.

Namun apa yang menjadi bualan apabila pasangan berkenaan dilihat tidak mengenakan tali pinggang keledar semasa kereta tersebut sedang bergerak di atas jalan.

Malah tali pinggang keselamatan itu juga hanya dipakaikan pada kerusi bagi mengelakkan daripada gangguan bunyi amaran.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur tindakan penyanyi berusia 27 tahun itu bersama isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique dah jadi suami orang, selamat disatukan dengan Siti Hajaar

ARTIKEL BERAKITAN: Tiada dendam Tuju tak hadir hari bahagia, MK ke Masjid Sri Sendayan tunai hajat isteri

Mereka juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan kerana bimbang ia akan menjadi ikutan peminatnya.

"MK buat silap, jangan nak janji sweet saja okay.

MK1

Antara komen netizen terhadap tindakan MK dan isteri.

"Pakai lah, tapi kerusi yang pakai... orangnya tidak. Harap pihak berkuasa ambil tindakan.

"Dia bagi contoh yang tak baik dari segi keselamatan pemanduan di jalan raya. Sanggup buat macam itu supaya tak bunyi seatbelt alam. Pakai jelah," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain