suria

Rupa paras dihina, Mimi Peri anggap netizen hanya bergurau… Impian bergambar depan KLCC akhirnya tercapai

Mimi seronok dapat bergambar depan KLCC.

PERSONALITI media sosial dari Indonesia iaitu Mimi Peri tidak pernah berniat untuk melakukan pembedahan pada wajah meskipun rupa parasnya sering menjadi topik bualan netizen.

Tidak ambil hati dengan komen ditulis netizen, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani, 35, menganggap kata-kata berbaur hinaan yang dilemparkan itu hanyalah gurauan semata-mata.

Malah, personaliti media sosial ini juga menegaskan dia bersyukur dengan dirinya dan sama sekali tidak akan melakukan sebarang perubahan pada wajah atau tubuhnya.

mimi3 - 1

Mimi tidak mempedulikan kata-kata netizen.

"Bagi saya pembenci (haters) itu hanya mahu bergurau sebagai hiburan, jadi biasalah kalau mereka tulis sesuatu sehingga menghina orang lain.

"Tapi sejujurnya saya sangat bersyukur kepada Allah kerana telah mencipta saya seperti ini. Saya tidak pernah berniat untuk membuat pembedahan wajah walaupun sudah kaya nanti.

"Dengan muka seperti ini sahaja saya sudah diterima berlakon filem, kenapa harus saya berubah.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz akhirnya bertemu Mimi Peri, rupanya berlakon dalam 'Mat Tudung Begins'

ARTIKEL BERKAITAN: Poster 'Mat Tudung Begins' dikecam, Fizz Fairuz jawab imej lelaki berpenampilan wanita... “Saya bukan hari-hari pakai tudung”

"Kamu (wartawan) setuju ke kalau saya membuat pembedahan? Tidakkan? Jadi saya bersyukur dengan diri saya seadanya," katanya kepada mStar.

Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa tayangan perdana filem Mat Tudung Begins yang diadakan di TGV 1 Utama, Damansara, Selangor pada malam Jumaat.

Dengan muka seperti ini sahaja saya sudah diterima berlakon filem, kenapa harus saya berubah.

MIMI PERI

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Kejayaan Mimi membintangi filem Mat Tudung Begins arahan pelakon Datuk Fizz Fairuz turut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Kata Mimi, dia menyedari dirinya mungkin tidak diterima di Malaysia memandangkan personalitinya yang agak lembut.

"Sebelum ini ramai yang tidak percaya dan memandang rendah kepada saya. Ada juga yang mengatakan tidak mungkin lelaki lembut seperti saya diterima di Malaysia.

"Saya hanya meletakkan kepercayaan kepada Fizz kerana saya tahu dia adalah orang yang baik.

mimi1 - 1

Mimi membintangi filem Mat Tudung Begins.

"Jika kita melayan... mereka (netizen) makin bertambah suka jadi sekiranya saya dihina untuk membahagiakan mereka, tak apa la," ujarnya.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia, Mimi berkata impiannya untuk mengunjungi Menara Berkembar Petronas (KLCC) akhirnya tercapai.

Justeru itu, dia mengucapkan terima kasih kepada Fizz kerana memberikan peluang ini sekaligus dapat merealisasikan impiannya itu.

Mimi

Mimi ucap terima kasih kepada Fizz Fairuz kerana merealisasikan impiannya untuk berkunjung ke KL.

"Impian saya memang mahu menjejakkan kaki di Menara Berkembar (KLCC) kerana sebelum ini saya hanya lihat di televisyen.

"Jadi kali ini Alhamdulillah saya sudah datang sendiri melihat menara tersebut dan bergambar di sana.

"Saya berterima kasih kepada Fizz kerana dengan membintangi filem Mat Tudung Begins, saya juga berpeluang untuk berkunjung ke Malaysia," jelasnya.

Ditanya apakah yang membuatkan dirinya bersetuju untuk berlakon dalam filem berkenaan, Mimi memberitahu dia terbuka untuk menimba pengalaman baru lebih-lebih lagi dapat bekerjasama bersama pelakon Malaysia.

Malah, dia terkejut dengan penerimaan peminat di negara ini yang memberikan layanan cukup baik.

"Saya rasa seperti bermimpi. Pada awalnya saya tidak menyangka Mimi Peri mampu berlakon di Malaysia.

mimi2 - 1

Mimi teruja bergambar di KLCC.

"Saya menerima tawaran ini kerana mahu menimba pengalaman baharu dan dapat bergandingan bersama pelakon-pelakon di Malaysia.

"Saya senang sekali apabila ramai juga peminat di sini yang mahu mengambil gambar bersama saya... sejujurnya saya tidak pernah ke mana-mana selain di kampung sendiri," katanya.

Selain Mimi, Mat Tudung Begins dibintangi barisan pelakon popular termasuk Fizz Fairuz, Achey, Isyariana, Maryam Durian Kimchi, Kazar Saisi dan Fazlina Ahmad Daud.

Filem tersebut akan mula ditayangkan di pawagam bermula 3 Ogos ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain