suria

Usik isteri sedang memandu… MK K-Clique mohon maaf tak pakai ‘seat belt’, kesal bagi contoh tidak baik

MK mohon maaf dan mengaku memberi contoh tidak baik kepada orang ramai.

PENYANYI MK dari kumpulan K-Clique tampil membuat permohonan maaf susulan tular video dia bersama isteri dilihat tidak memakai tali pinggang keledar ketika menaiki kereta sebelum ini.

Menyedari kesilapan yang dilakukan, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, mengakui dirinya mengabaikan soal keselamatan di atas jalan raya.

“Saya minta maaf kerana beri contoh yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab. Itu adalah tanggungjawab dan kesalahan saya,” katanya.

MK

Tular video MK dan isteri tidak memakai tali pinggang keselamatan.

MK berkongsi perkara itu menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, MK juga berlapang dada dan berterima kasih atas teguran netizen terhadap kesalahannya itu.

Malah dia berharap kelalaian yang dilakukan olehnya itu boleh dijadikan pengajaran buat orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique sakat isteri sedang pandu kereta, tapi mata netizen pula pandang tak pakai ‘seat belt’

ARTIKEL BERAKITAN: MK K-Clique dah jadi suami orang, selamat disatukan dengan Siti Hajaar

“Harap ia boleh beri kesedaran kepada semua pihak untuk mengutamakan keselamatan. Kita harus lebih peka.

“Semoga video saya itu beri pengajaran dan tidak akan diulangi lagi. Semoga kita lebih berhati-hati dan ingat orang tersayang,” ujarnya.

Sebelum ini tular video MK bergurau senda dengan isterinya Siti Hajaar Syeikh Nordin yang sedang memandu di atas jalan raya.

Dalam aksi romantis dan bersahaja mereka, netizen pula melihat kedua-duanya tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika keadaan kenderaan sedang bergerak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain