suria

Ibu Ubai meninggal dunia akibat kanser

Ibu Ubai meninggal dunia akibat kanser ovari tahap tiga.

IBU kepada personaliti media sosial Ubai iaitu Rohani Jamal meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada pukul 6.45 petang, Ahad.

Berita sedih tersebut disahkan oleh Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di sisinya.

"Ya, ibu saya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada 6.45 petang tadi.

Ubai 2

Ibu Ubai didukung semasa majlis pertunangan bersama Shila Amzah.

"Saya ada bersama ibu di saat akhir... saya melawat petang tadi dan pada waktu itu juga ibu pergi," katanya kepada mStar.

Jenazah akan dikebumikan di Bukit Tandang, Petaling Jaya, Selangor pada malam Ahad.

Pada Isnin lalu, Ubai memaklumkan ibunya ditidurkan selepas tahap kesihatannya tiba-tiba menurun selepas menjalani lima kitaran radioterapi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat jalani 5 kitaran radioterapi, ibu Ubai ditidurkan kurangkan rasa sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal satu lagi kitaran kimoterapi, ibu Ubai dikejarkan ke hospital akibat pendarahan rahim

Pada 8 Julai, ibu Ubai dimasukkan ke hospital PPUM susulan mengalami pendarahan pada bahagian rahim.

Kata Ubai, ibunya itu disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga dan sudah pun melakukan pembedahan membuang orgran berkenaan pada Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain