suria

Shila Amzah puji Ubai hebat lumba lari, katanya sedang bilang hari untuk sampai ‘garisan’

Shila beri bayangan bakal berkahwin dalam masa terdekat.

TARIKH sebenar perkahwinan penyanyi Shila Amzah dan Ubai masih lagi menjadi persoalan serta tanda tanya dalam kalangan peminat.

Rata-ratanya tidak sabar menantikan hari bahagia pasangan ini yang dijangka akan berlangsung pada Ogos ini.

Menerusi perkongsian terbaharu di Instastory, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, seolah-olah memberi bayangan majlis mereka itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Shila 2

Shila beri bayangan tarikh perkahwinan semakin dekat.

Ia berdasarkan pada petunjuk dalam muat naik terbaharu yang ditujukan kepada tunangnya itu.

"Power eh Ubai, lepas ini jangan lari dari saya pula. Jenuh nak kejar.

"Kita beberapa hari lagi nak sampai ke garisan ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari bahagia semakin hampir, Shila Amzah tunggu ibu Ubai sihat sebelum umum tarikh kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau buat juga maknanya tiada otak” - Shila Amzah tak suka netizen gabung namanya dengan Ubai, bunyi ‘hashtag’ tidak elok

Dalam hantaran berkenaan, Shila turut memuat naik foto pingat yang pernah dimenangi Ubai dalam acara larian semasa zaman persekolahan.

Sebelum ini, Shila memberi bayangan bakal berkahwin dengan Ubai pada Ogos depan malah persiapan juga sudah hampir 70 peratus selesai.

Namun Shila berkata tarikh sebenar hanya akan dimaklumkan selepas ibu Ubai iaitu Rohani Jamal keluar hospital kerana mengalami pendarahan pada bahagian rahim akibat kanser ovari.

Shila 1

Shila dan Ubai bertunang awal Februari lalu.

Pada 27 Mei lalu, Shila mengikat tali pertunangan dengan Ubai yang diraikan dalam sebuah majlis tertutup dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat.

Shila dikatakan rapat dengan Ubai pada awal Februari lalu dan mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta.

Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain