KONSERT penyanyi Lauv yang sepatutnya berlansung di Kuala Lumpur selama dua hari pada 6 dan 7 September ini dibatalkan. Pengumuman tersebut dibuat pihak penganjur Live Nation Singapore dalam satu kenyataan namun tidak menyatakan punca sebenar penyanyi asal Amerika Syarikat itu membatalkan konsert tersebut. Penganjur hanya menyebut perkara tidak dapat dielakkan sebagai punca pembatalan dan memaklumkan pembeli tiket boleh menebus semula wang mereka. Lauv sepatutnya menghiburkan peminat selama dua hari. Bagaimanapun ramai membuat spekulasi konsert itu dibatalkan susulan insiden melibatkan vokalis The 1975 iaitu Matty Healy ketika membuat persembahan di The Good Vibes Festival pada 21 Julai lalu. Matty dikritik hebat oleh penduduk di negara ini yang menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). ARTIKEL BERKAITAN: Teguk arak, cium sejenis, ludah dan tuduh kerajaan Malaysia merepek antara 7 perangai buruk Matty Healy dalam konsert malam tadi Dia juga secara spontan mencium pemain bass kumpulan itu, Ross McDonald selain mempamerkan sikap liar di atas pentas seperti meneguk minuman keras dan meludah ke arah penonton. Susulan tindakan itu, persembahan The 1975 dihentikan serta-merta dan acara The Good Vibe Festival yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari juga telah dibatalkan atas arahan Menteri Komunikas dan Multimedia. Sementara itu, ramai menyifatkan pembatalan konsert di Plenary Hall, KLCC itu juga disebabkan Lauv pernah membuat kenyataan menyukai wanita dan lelaki. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!