suria

“Kerja budak fakulti filem lagi best” - Kritikan ‘bunuh’ Sumpahan Jerunei gagal, 4 hari tayangan dah dapat RM1 juta

Nancie lega Sumpahan Jerunei berjaya bersaing dengan filem luar negara.

TINDAKAN dua individu mengkritik filem Sumpahan Jerunei sehingga meminta orang ramai tidak ke panggung wayang menonton membuatkan penerbitnya Datuk Nancie Foo terguris hati.

Nancie berkata, setiap orang mempunyai hak memberi pendapat tentang sesuatu naskhah namun kritikan yang dibuat biarlah adil selain memikirkan kepayahan terpaksa dilalui produksi ketika menyiapkan sesebuah filem.

"Kenapa dia nak bunuh filem Malaysia macam itu saja? Kami terima pelbagai komen positif daripada mereka yang menonton filem tersebut.

SJ 2

Kritikan dua individu jadi perdebatan netizen di media sosial.

"Setiap orang ada hak beri pendapat tapi jangan sampai bunuh filem tempatan kita. Kalau teruk sangat, takkan kami dapat anugerah di luar negara!

"Tapi ada kemungkinan juga mereka ada motif tersendiri apabila buat kritikan sebegitu," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Menerusi video yang tular di Twitter, dua individu itu meluahkan rasa kecewa dengan kualiti filem tersebut selain menyifatkan teknik pengimejan berkomputer (CGI) tidak mencapai tahap sepatutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sumpahan Jerunei cemerlang di luar negara, penerbit gementar menanti reaksi penonton tempatan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sumpahan Jerunei’ angkat misteri adat pengebumian, sejarah budaya kaum Melanau

Malah mereka juga menyifatkan hasil kerja pelajar fakulti filem lebih baik selain meminta orang ramai tidak membazirkan wang menonton filem arahan Jason Chong itu.

Dalam pada itu, Nancie berkata, meskipun mendapat komen kurang enak namun pihaknya lega apabila Sumpahan Jerunei melepasi kutipan RM1 juta selepas empat hari ditayangkan.

Kata Nancie, pertaruhan bersaing dengan filem hebat Hollywood berbaloi malah kritikan dua individu tersebut tidak menjejaskan kutipan di pawagam.

Saya bersyukur dan lega apabila karya ini diterima penonton tempatan.

DATUK NANCIE FOO

PENERBIT

"Kutipan tersebut membuktikan kritikan dan komen kurang enak tidak menjejaskan filem berkenaan. Saya bersyukur dan lega apabila karya ini diterima penonton tempatan.

"Sumpahan Jerunei juga menduduki tempat keenam dalam carta filem manakala yang lain adalah karya Hollywood," ujarnya.

Tidak meletakkan harapan yang tinggi, Nancie bagaimanapun yakin Sumpahan Jerunei mampu mengutip RM5 juta sepanjang berada di pawagam.

Penerbit Sumpahan Jerunei mengaku kelemahan CGI sejak dari awal.

Sumpahan Jerunei dapat tempat di hati penonton.

Sumpahan Jerunei adalah inspirasi kisah benar mengenai sejarah kaum Malanau yang sering dikaitkan dengan perkara misteri.

Menerusi filem itu, Produksi Seni 2020 cuba mengupas rahsia di sebalik misteri adat pengebumian kaum berkenaan yang menggunakan Jerunei iaitu kayu belian bagi menempatkan mayat yang menjadi mangsa pembunuhan.

Filem yang menelan belanja RM5 juta itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Daiyan Trisha, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Ruminah Sidek dan Yuyun Hikmah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain