suria

Yusuf Gibran nama pilihan Farah Nabilah dan suami buat bayi kedua 

Farah bersama suami kongsi nama anak kedua kepada peminat.

GENAP tujuh hari selepas melahirkan anak kedua, pelakon Farah Nabilah akhirnya mendedahkan jantina dan nama bayinya menerusi Instagram pada Selasa.

Farah atau Farah Nabilah Saipuddin, 31, dan suami sepakat memilih nama Yusuf Gibran Mohamed Amirul buat putera keduanya itu.

"Assalamualaikum. Hari ini hari ketujuh. Yusuf Gibran Mohamed Amirul, 26 Julai 2023," tulisnya.

FN 1

Anak sulung Farah teruja bertemu dengan adiknya.

Bagaimanapun aktres itu masih belum bersedia berkongsi wajah Yusuf buat tatapan umum.

Dalam pada itu, Farah berharap orang ramai mendoakan agar anaknya agar menjadi insan yang soleh dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab kenapa Farah Nabilah tak buat ‘come back’ berlakon - “Zaman sekarang ini bukan mudah, saya tak nak silap percaturan”

ARTIKEL BERAKITAN: Farah Nabilah nak ‘slowdown’ berlakon selepas dapat anak, mula buat bisnes - “Sebagai seorang isteri, tanggungjawab banyak dekat rumah”

"Terima kasih atas doa semua, semoga Yusuf Gibran menjadi anak soleh, anak yang mempunyai adab dan akhlak seperti Rasulullah SAW dan dilindungi dari segala kejahatan," katanya.

Untuk rekod, Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang Mohammed Amirul Yunus, 32, pada 20 Disember 2019.

Pasangan itu turut mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Andre Omar yang kini berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain