suria

Qistina Raisah teringin genggam trofi, minta artis dah berjaya jangan pandang hina pelakon tiada anugerah

Qistina masih menunggu hari menggenggam anugerah.

MEMULAKAN karier lakonan sejak berusia empat tahun, pelakon remaja Qistina Raisah memaklumkan sudah lama menyimpan hasrat untuk menggenggam trofi sesebuah anugerah.

Kata Qistina atau Nur Qistina Mohd Kamarol Azri, 15, dia percaya rezeki masih belum memihak padanya memandangkan ramai lagi pelakon hebat lain turut menerima nasib sama sepertinya.

"Saya sangat teringin (anugerah) tapi ia bergantung pada rezeki... ramai artis-artis hebat lain pun tak menang anugerah lagi.

"Bagi saya anugerah itu ibarat itu sahaja... macam tiada apa-apa, tapi kalau dapat Alhamdulillah, tak dapat pun tak apa sebab ia berbalik kepada rezeki," katanya kepada mStar.

359810718_18194608798257866_2527014918010642055_n

Qistina anggap anugerah sebagai rezeki.

Dalam pada itu, Qistina juga berharap rakan artis yang sudah menerima anugerah tidak memandang rendah kepada mereka yang belum berjaya mencapai kejayaan itu.

Katanya setiap pelakon masih lagi perlu belajar meskipun mereka telah menerima anugerah.

ARTIKEL BERKAITAN: Qistina Raisah belajar secara 'home school', sudah biasa bergaul orang dewasa “Tak boleh terima jangan tengok”

ARTIKEL BERAKITAN: [V] Sedih dimalukan secara terbuka, Qistina Raisah minta Puteri Balqis cerita perkara sebenar... “Kami tak pernah ada masalah”

"Tapi jangan hina orang tiada anugerah. Semua orang ada perasaankan? Siapa dah menang itu rezeki dia.

"Tak kisahlah dah menang anugerah atau belum, tapi setiap kali berlakon kita masih kena belajar lagi.

"Orang yang tidak berada dalam industri ini mungkin kurang faham mengenai perkara ini," ujarnya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Dalam perkembangan lain, Qistina berpuas hati dengan mutu lakonannnya dalam filem Rahsia memegang watak sebagai Marina.

Dalam masa sama, dia berterima kasih kepada Nabila Huda kerana mempelajari banyak perkara daripada aktres berkenaan.

"Filem ini dilakonkan tiga tahun lepas ketika itu saya masih kecil lagi agak susah bagi saya untuk memahami.

359557456_7026457600715888_8575404242031841551_n

Qistina teruja dengan lakonannya dalam filem Rahsia.

"Tapi atas bantuan Mummy Abil (Nabila Huda) banyak sangat tunjuk ajar yang dia berikan kepada saya. Kalau berlakon dengan dia memang saya suka," ujarnya.

Rahsia merupakan sebuah filem reboot diarahkan oleh anak kepada Othman Hafsham iaitu Shamyl Othman dengan tajuk yang sama yang ditayangkan pada tahun 1987.

Ini merupakan filem seram tempatan pertama yang direboot semula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain