HASRAT penyanyi Mierul Hazly mahu healing dengan berjalan seorang diri pada waktu tengah malam di Genting Highlands bertukar tragedi apabila dia terjatuh di sebuah kawasan berbukit. Menceritakan kejadian yang berlaku pada Isnin, Mierul atau Muhammad Amierul Aiman Hazlyzam, 21, berkata, ketika sedang berjalan seorang diri kakinya tersadung akibat terlanggar lubang di bahu jalan sebelum terjatuh berguling sekitar 10 meter. "Saya ke sana bersama dua orang rakan dan adik... Selepas mereka semua tidur, saya mahu berjalan seorang diri kononnya nak cari ketenangan. "Saya berjalan mengikut laluan pejalan kaki dan agak jauh dari hotel penginapan. Tengah berjalan kaki saya terlanggar lubang sebelum jatuh berguling kira-kira 10 meter daripada tempat laluan. Adiknya turut memuat naik status bagi meminta bantuan mengesannya. "Ketika itu memang cemas sebab keadaan sekeliling sangat gelap, bateri telefon pula hampir habis ditambah pula tiada line di kawasan itu," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa. Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Mierul berkata, dalam keadaan gelap serta sunyi dia tetap kuatkan diri mencari jalan keluar bagi membolehkan dia meminta bantuan. Dia yang mengalami kecederaan pada bahagian bibir dan tangan kiri bernasib baik apabila dalam usaha mencari jalan keluar bertemu dengan seorang polis bantuan yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas lepas tudung, Masya Masyitah tayang bulu kaki pula - “Tolong cukur dulu!” ARTIKEL BERKAITAN: Penyelesaian penuh saman fitnah Caprice diketahui Jumaat, S.M Faisal kini di luar negara "Memang cemas ketika itu. Tapi dalam keadaan takut dan sakit, saya kena juga cari jalan keluar. Jadi saya gagahkan diri untuk ke tempat di mana saya jatuh. "Apabila tiba di tepi jalan, saya bertemu dengan seorang polis bantuan dan dia menghantar saya pulang semula ke hotel. "Satu penglamanan yang tidak mungkin saya lupa. Niat nak healing, lain pula yang jadi," ujarnya. Sementara itu, Mierul memberitahu dua rakan juga berusaha mencarinya apabila mereka sedar dia tidak berada dalam bilik sekitar pukul 4 pagi. Mierul serik berjalan seorang diri di waktu malam. Dia tiba semula di hotel pada pukul 6 pagi selepas kira-kira 20 minit menaiki kereta polis bantuan. "Kiranya jauh juga saya berjalan tanpa sedar. Sebab dari tempat kejadian pulang semula ke hotel pun agak jauh. "Kawan-kawan memang risau dan mereka hampir buat laporan polis. "Pengajaran buat saya supaya tidak mengulangi lagi tindakan sama. Selepas ini perlu lebih utamakan keselamatan dan elak untuk keluar bersendiri tanpa pengetahuan orang lain," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!