PELAKON Puteri Sarah Liyana tidak pernah menghantar kek dan jambangan bunga kepada bekas suaminya, Syamsul Yusof sebagai tanda memohon maaf. Sebaliknya kata Puteri Sarah, 38, pemberian tersebut dihantar buat kedua bekas ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail. "Lambat lagi (nak hantar bunga dan kek). Bunga dan kek itu untuk Datin Patimah dan Datuk Yusof," katanya. Puteri Sarah masih kekalkan hubungan baik bersama bekas mentua. Puteri Sarah menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya sekaligus menolak dakwaan yang dibuat oleh sesetengah pihak. Kenyataan tersebut juga merujuk kepada sebuah artikel yang menyebut kononnya pemberian hadiah itu sebagai tanda minta maaf terhadap Syamsul. Susulan perkara itu ramai yang mula membuat spekulasi kononnya Puteri Sarah dan Syamsul akan kembali bersama sebagai pasangan suami isteri selepas sah bercerai pada talak satu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah selalu berhubung dengan Syamsul selepas cerai, seronok tengok anak-anak gembira ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah ‘declare’ Syamsul jadi BFF, boleh harap tolong jaga anak-anak Kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan itu, Puteri Sarah dalam masa sama meminta agar orang ramai tidak terlalu cepat membuat andaian. "Warga Facebook pun mulalah komen kata saya ini macam-macam. Tolonglah jangan buat gosip murahan sebab warga Facebook ini aneh-aneh," tegasnya. Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul sah bercerai pada 14 Jun lalu selepas beberapa bulan turun naik mahkamah. Puteri Sarah harap orang ramai tidak mudah membuat spekulasi tentang dirinya. Mereka mencapai kata sepakat untuk berpisah dan Puteri Sarah sendiri akui masih mengekalkan hubungan baik bersama Syamsul demi dua orang cahaya mata mereka. Puteri Sarah dan Syamsul bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka mempunyai dua orang cahaya bersama iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 5 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!