suria

Nadzmi Adhwa sambut sendiri anak kedua, siap tarik uri... Pilih nama Arwa Uthman Affan

Nadzmi menyambut sendiri kelahiran anak kedua.

KEBERANIAN pelakon Nadzmi Adhwa masuk ke dewan bersalin bagi membantu proses kelahiran anak keduanya pada 25 Julai lalu mendapat pujian pengikutnya di laman sosial.

Ramai menyifatkan Nadzmi atau Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 31, sebagai seorang suami contoh kerana tanpa rasa gentar berada di sisi isteri yang sedang bertarung melahirkan zuriatnya.

Menerusi video yang dikongsi, Nadzmi dilihat tenang ketika isterinya iaitu Ardell Aryana sedang bertarung nyawa melahirkan bayi lelaki mereka.

Apa lebih mengagumkan, aktor itu dengan wajah selamba memegang kepala bayinya dengan bantuan doktor sebelum menarik keluar anaknya.

ardell1 - 1

Nadzmi sentiasa menemani Ardell.

Tidak hanya itu, Nadzmi turut menarik keluar uri dan memotongnya sebelum dilihat melaungkan azan dan iqamah di telinga kanan bayinya.

Dalam pada itu, Nadzmi turut meluahkan penghargaan buat Ardell atau Nurul Hidayah Mohd Amin, 33, kerana telah berkorban melahirkan cahaya mata mereka.

"Kepada isteri saya Ardell, terima kasih atas anugerah ini. Wahai isteriku, saya ada bersama awak dalam berjihad bertarung nyawa demi satu nyawa yang amat penting dalam keluarga kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana selamat bersalin anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Untungnya Ardell Aryana! Umur masuk '3 series', Nadzmi Adhwa hadiahkan kereta Alphard

"Tak terbalas pengorbanan awak. Terima kasih kerana memahami diri saya... Saya sangat sayang awak dan selamat datang bayi kesayangan.

"Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada agama dan ibu bapa," katanya.

Sementara itu, Nadzmi dan Ardell sepakat memilih nama Arwa Uthman Affan bagi bayi lelaki mereka.

gdsdfsfs

Nadzmi turut menarik keluar uri.

Menurutnya, mereka memilih 'uthman' kerana ia merupakan nama sahabat Rasulullah SAW selain salah seorang pemerintah Islam yang hebat.

Manakala 'Arwa' pula membawa maksud puas, segar, menyenangkan dan merupakan nama ibu Khalifah Uthman.

'Affan' pula adalah nama Khalifah Uthman yang bermaksud bijak dan cerdas.

"Assalamualaikum Arwa Uthman Affan... Alhamdulillah genap tujuh hari. Terima kasih Allah atas izin dan kurniaMu.

ardell2 - 1

Ardell dan Nadzmi bersama cahaya mata pertama mereka.

"Pengalaman dan rezeki luar biasa dari Allah dapat sambut sendiri anak kedua ini," tulisnya.

Pada 25 Julai lalu, Ardell selamat melahirkan cahaya mata kedua secara normal di Pusat Perubatan Anddora, Seri Kembangan, Selangor pada pukul 12.58 pagi.

Untuk rekod, Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini memiliki seorang cahaya mata iaitu Arwa Malaikha Urwa yang kini berusia tiga tahun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain